UCL 2018/19: Harry Kane Rancang Untuk Pecahkan Rekod Jaringan Lionel Messi

Menjelang pertemuan Liga Juara-Juara Eropah di antara Tottenham Hotspur menentang Barcelona, Harry Kane menyatakan dia akan berusaha untuk meninggalkan Messi dalam bayang-bayang awal pagi ini.

Malah Kane mahu membariskan namanya setanding Messi dan Ronaldo, serta akan cuba menjaringkan sebanyak mungkin gol yang boleh demi tujuan itu.

Pertembungan Spurs dan Barca dalam kempen Liga Juara-Juara pasti menjadi tumpuan dengan Messi terus mengganas apabila sudah meledak lapan gol pada musim ini termasuk hatrik ketika menewaskan PSV Eindhoven, dua minggu lalu.

Jaringan itu menyaksikan peledak berbisa Argentina itu sudah mengumpul lebih 500 gol bersama Barcelona.

Kane terbukti penyerang prolifik buat Tottenham sejak empat tahun lalu tetapi penyerang England itu mengakui perlu menjadi lebih ‘tajam’ terhadap sentuhan penyudahnya jika ingin mengikuti statistik menakjubkan Messi.

“Dia meletakkan standard, dia dan Cristiano Ronaldo sudah melebihi standard yang biasa apabila mereka menjaringkan 50 ke 60 gol semusim,” kata Kane.

“Sebagai penyerang, saya mahu cuba untuk menyainginya. Dia sudah pasti meletakkan standard untuk kami semua sehingga kini.

“Ia memberikan motivasi kepada saya untuk menjadi lebih baik, meningkat dan berharap satu hari nanti menjaringkan gol sebanyaknya, jika tidak lebih, menyamainya.

“Ia ujian yang hebat untuk kami. Sebagai pemain kamu sentiasa mahu bermain menentang pemain terbaik di dunia dan Messi jelas pemain seperti itu, pemain yang menakjubkan dan kami akan melakukan segala-galanya untuk menghentikannya.”

Tottenham tewas perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara di Inter Milan sekali gus tidak mempunyai banyak ruang jika mereka mahu layak ke peringkat kalah mati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN