‘Ubi’ Ghana Jadi Taruhan Selangor 2 Untuk Musim 2021

Kerjasama Semuanya BOLA

Selangor 2

Pasukan pembangunan, Selangor 2 telah berjaya mendapatkan dua khidmat pemain muda dari Ghana bagi menguatkan skuad mereka musim ini.

George Attram dan Jordan Ayimbila yang masing-masing baru berusia 20 dan 19 tahun merupakan rekrut terkini Selangor 2 yang diperoleh dari kelab Accra Lions yang berpengkalan di Ghana.

Menurut pengarah teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner, pengambilan dua pemain muda Ghana ini adalah tanda yang skuad pembangunan Selangor bukanlah hanya tertumpu kepada bakat tempatan sahaja.

“Selangor bukan sahaja ingin menghasilkan bakat tempatan yang hebat untuk Liga Super, tetapi juga mengembangkan bakat pemain import,” kata beliau kepada media Selangor FC.

Feictenbeiner melihat kehadiran Attram dan Ayimbila yang merupakan pemain penyerang dan pertahanan bukanlah sekadar mampu memberi manfaat dari sudut bola sepak sahaja malah lebih daripada itu.

“Bagi saya, ini ada peluang besar dalam perniagaan bola sepak. Mereka dapat mengembangkan bakat mereka di sini.”

“Sekiranya mereka sudah bersedia dan jika ada kelab atau pasukan dari luar ingin mendapatkan mereka, kami bersedia memasarkan mereka untuk liga yang lebih besar pada masa hadapan.

Perpindahan Attram dan Ayimbila adalah bersifat pinjaman sahaja oleh Selangor 2, mereka sudah tiba di Malaysia serta menjalani tempoh kuarantin sejak 11 Januari yang lalu.

Baca juga artikel kami mengenai Selangor FC:

RASMI: Selangor Perkenalkan ‘Aset Baharu’ Ke-4, Nik Sharif Haseefy

Bekas Pemain 2. Bundesliga, Tim Heubach Dikatakan Sudah Tiba Di Selangor

RASMI: Shahrel Fikri Sah Bergelar Pemain Baharu Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply