Twitter Rasmi Bayern Munich Memadam Status Troll Ke Atas Arsenal

Twitter rasmi Bayern Munich memang gemar melakukan troll ke atas Arsenal dan beberapa kelab lain sekiranya mereka menang.

Sejak beberapa tahun ini, twitter rasmi Bayern telah memuat naik status troll ke atas Arsenal. Berikut antara koleksi troll oleh Bayern Munich ke atas Arsenal.

Ini adalah troll daripada akaun rasmi Bayern Munich yang pertama. Ianya ketika kemenangan 2-0 Bayern ke atas Arsenal pada UCL 2013/14.

20 bulan kemudian mereka kembali dengan troll yang ini. Ianya selepas mereka menewaskan Arsenal 5-1 dalam peringkat kumpulan.

Sebelum itu Bayern Munich tewas 2-0 di Emirates dalam pusingan pertama. Mereka troll dengan kapsyen:’Picture perfect!’

Pada hari berikutnya mereka memuat naik status ini dengan tag akaun rasmi Tottenham Hotspurs. Ini kerana, selepas perlawanan itu, Arsenal akan berhadapan dengan Spurs.

Dah habis? Tak lagi. Pada Januari lalu, Bayern Munich telah membalas tweet Arsenal. Arsenal tweet tentang undian Piala FA. Bayern membalas ini:

Ini pula, ramalan Bayern Munich sebelum perlawanan di antara Arsenal dan Bayern Munich dalam peringkat 16 terakhir.

Selepas perlawanan pertama yang berakhir 5-1 di Allianz Arena, mereka tweet meminta lawan yang sama tahun hadapan.

Ini pula tweet terbaru mereka selepas kemenangan ke atas Arsenal dalam perlawanan di Emirates yang juga berakhir dengan 5-1.

Namun tweet di atas ini telah dipadam dari akaun rasmi berbahasa Inggeris Bayern Munich. Tidak pasti kenapa.

Adakah ianya atas arahan daripada pihak pengurusan kelab.

Atapun mungkin mereka merasakan ia bukan masa yang sesuai untuk troll peminat Arsenal di seluruh dunia.

Hal ini kerana, penyokong Arsenal tengah marah dengan Arsene Wenger dan sedang berkempen, jika Wenger tidak mahu keluar, sudah masanya pemilik kelab pula tidak menyambung kontrak Wenger.

Baca juga: Arsenal Kalah 1-5 Di Emirates, Bayern Menang Aggregate 10-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram