Turki Akan Tanam Pokok Dari Setiap Kad Kuning & Merah Yang Terhasil Dalam Liga

TFF Forest Project

Ini adalah satu inisiatif yang amat baik!

Persatuan Bola Sepak Turki (TFF) telah membuat keputusan untuk mengambil satu inisiatif bagi mengambil kesempatan daripada situasi pemain-pemain di liga mereka yang sering mengutip kad kuning dan kad merah.

Dalam satu kenyataan yang dilakukan oleh laman Twitter rasmi mereka, TFF mengatakan bermula pada musim 2021/2022, pihak mereka akan mula menanam pokok bagi setiap kad kuning dan kad merah yang dikutip dalam saingan liga.

Projek tersebut diberi nama TFF Forest Project.

Inisiatif tersebut bakal menyaksikan TFF akan menanam satu anak pokok apabila satu kad kuning dihasilkan.

Manakala lima anak pokok akan ditanam apabila seorang pemain mengutip kad merah dalam perlawanan.

“Dalam mesyuarat yang diadakan pada 29 Julai 2021, pihak ahli lembaga pengarah bagi Persatuan Bola Sepak Turki telah membuat keputusan untuk memulakan TFF Forest Project.”

“Satu anak pokok akan ditanam bagi satu kad kuning dan lima bagi satu kad merah yang dihasilkan dalam saingan liga bermula pada musim 2021/2022.”

Projek yang dilakukan oleh TFF ini sungguh baik dalam usaha untuk memelihara kelestarian alam dan mengawal suhu dunia.

Setakat ini, tiada maklumat tambahan mengenai liga mana yang akan terlibat dalam projek TFF ini.

Tetapi melihat kepada senarai liga yang dikelola oleh TFF sendiri, terlalu banyak peringkat yang dianjurkan mereka bermula dari Super Lig yang disertai oleh pasukan seperti Galatasaray dan Besiktas hinggalah ke saingan peringkat daerah.

Penulis pasti inisiatif ini hanya akan digunapakai di saingan teratas di Turki bermula dari Super Lig hinggalah ke TFF 2. League yang merupakan saingan divisyen ketiga negara itu.

Sebelum ini, pemain Arsenal iaitu Hector Bellerin juga pernah menghasilkan inisiatif yang sama apabila menanam 3 ribu pokok apabila pasukannya menang baki saingan Premier League 2019/2020.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply