TMJ Dijemput Tonton International Champions Cup Oleh Pasukan Chelsea

Tunku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini telah menerima jemputan dari kelab Chelsea untuk menyaksikan aksi kejohanan pra-musim iaitu International Champions Cup (ICC).

Jemputan itu hadir bersempena aksi ICC yang akan diadakan di National Stadium di Singapura yang akan dilangsungkan pada 25 Julai 2017.

Pada tarikh tersebut, perlawanan melibatkan Chelsea dan jaguh Jerman iaitu Bayern Munich akan diadakan.

Jemputan ini nyata memberikan anjakan kepada pasukan JDT dan juga TMJ yang mempunyai misi iaitu mahu memperkenalkan jenama JDT di mata dunia.

Bagi JDT, jemputan ini memberikan lebih peluang buat JDT untuk berkerjasama dengan Chelsea dalam program pembangunan bola sepak di masa akan datang.

“Ini adalah satu inisiatif bagi kedua-dua pihak untuk merapatkan hubungan antara Kelab Chelsea dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi projek-projek pembangunan bola sepak pada masa akan datang.”

Chelsea merupakan 1 diantara pelbagai kelab yang telah mempunyai hubungan baik dengan pasukan JDT.

Sebelum ini kelab seperti Borrusia Dortmund, Valencia dan Hokkaido Consadole Sapporo turut pernah menjalin hubungan dengan JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN