Tahniah! Presiden JDT, YAM Tun Aminah Akan Berkahwin Ogos Ini

Beberapa jam yang lalu, Sultan Johor, baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan puteri bagindah, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos 2017.

Dipetik dari facebook Sultan Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli membuat pengumuman:

“YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Bin Abdullah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 14 Ogos 2017 ini.”

Sumber foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah telah memberi perkenan dan restu untuk Tunku Tun Aminah melangsungkan perkahwinannya,”

“Dalam satu sidang media di Bukit Timbalan hari ini (16 Julai), beliau berkata istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene, diikuti dengan istiadat nikah.”

“Tuanku Sultan berkenan mewakilkan Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Muhammad Tahril Bin Dato’ Shamsudin sebagai wali.”

“Istiadat perkahwinan pasangan Pengantin DiRaja ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor,” kata Dato’ Abdul Rahim.”

“Beliau berkata istiadat persandingan akan diadakan di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru disebelah malam pada hari yang sama.”

“Dennis, seorang warganegara Belanda memeluk agama Islam pada 31 Mei 2015. 2015.”

Pengumuman ini turut dikongsi di laman facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Tahniah YAM Tunku Tun Aminah

Kami mewakili peminat sukan bola sepak tanah air mengucapkan tahniah kepada YAM Tun Aminah dan mendoakan Tun Aminah berbahagia sampai ke anak cucu.

Sebagai tambahan, Tun Aminah dilantik menjadi Presiden JDT menggantikan TMJ pada Ogos 2016 yang lalu.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Tahniah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram