Tumpul Tanpa Ronaldo, Juventus Dimalukan Empoli Yang Baru Mendapat Promosi

Tumpul dalam perlawanan pertama tanpa Cristiano Ronaldo, Juventus dimalukan oleh kelab yang baru mendapat promosi ke Serie A pada musim ini apabila ditewaskan 0-1 oleh Empoli di halaman sendiri.

Keputusan tersebut menyebabkan kelab Turin itu kekal tanpa sebarang kemenangan dan hanya mengutip satu mata selepas dua perlawanan Serie A.

Gol jaringan Leonardo Mancuso pada babak pertama cukup untuk memberikan Empoli kemenangan kedua mereka sepanjang sejarah pertemuan menentang juara 36 kali Itali itu yang nyata mengecewakan.

Kekalahan memalukan itu tiba sehari selepas Manchester United mengesahkan Cristiano Ronaldo menyertai mereka untuk saingan musim ini.

Juventus menamatkan saingan Serie A pada musim lalu di kedudukan keempat dan memulakan saingan pada musim ini dengan ketinggalan dua gol sebelum bangkit mengikat Udinese 2-2.

Dalam perlawanan menentang Empoli semalam, skuad kendalian Massimiliano Allegri gagal menghadirkan ancaman di hadapan gawang lawan.

Juventus turut berhadapan perlawanan ini dengan krisis kcederaan melibatkan beberapa pemain utaa seperti Aaron Ramsey, Arthur dan Kaio Jorge.

Mancuso yang kini berusia 29 tahun dan pernah bersama Juventus selama 18 bulan tanpa beraksi sebarang perlawanan, melambungkan bola dari jarak dekat untuk gol kemenangan Empoli pada minit ke-21 perlawanan.

Statistik perlawanan yang menampilkan Empoli 11 percubaan dari Empoli dengan 3 percubaan tepat ke gawang Juventus.

Kali terakhir Empoli pernah menewaskan Juventus di saingan liga ialah pada 1999.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply