Tuchel Yakin Neymar Beri Komitmen 100% Untuk PSG

Thomas Tuchel berkata beliau yakin Neymar kini memberikan komitmen 100% kepada Paris Saint-Germain (PSG) selepas pemain itu menjaringkan gol kemenangan ke atas Lyon dalam perlawanan Ligue 1 pada Ahad lalu.

Walaupun dikepung sehingga empat pemain pertahanan lawan, Neymar berjaya membuka ruang buat dirinya untuk melepaskan rembatan yang melepasi jangkauan penjaga gol Lyon, Anthony Lopez pada minit ke-87 perlawanan.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 1-0 kepada PSG yang mengalami kemelut kecederaan pemain di bahagian serangan.

Gol oleh Neymar itu tiba selepas pemain itu turut menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Strasbourg, dan Tuchel tidak menyembunyikan kegembiraan beliau terhadap bintang dari Brazil itu.

“Beliau [Neymar]di kini 100% bersama kami. Beliau kini 100%  di dalam skuad – beliau ketawa bersama, bergurau dan merupakan pemain harapan,” ujar Tuchel melalui satu sidang media.

“Ia jelas sekali beliau kini sudah bersama-sama rakan sepasukan yang lain. Apa yang telah berlaku adalah normal, dan ia amat penting. Beliau adalah seorang yang sensitif.

“Ini hanya perlawanan ketiga yang dilalui oleh Neymar dalam tempoh empat bulan. Beliau akan menjadi lebih baik dari segi fizikal, dan melalui perlawanan sebegini, ia akan membantu beliau.

“Neymar adalah pemain yang mempunyai ketegasan, kreatif dan sentiasa melihat ke hadapan.”

Walaupun dicemuh oleh segelintir penyokong sebelum ini, rakan sepasukan Neymar di PSG tetap berada di belakang beliau.

Kapten pasukan, Thiago Silva misalnya memuji masgis yang dipamerkan pemain tersebut.

“Jelas sekali ianya adalah aksi dari Neymar yang membezakan. Adakala saya tidah boleh memahami bagaimana beliau melakukannya ketika perlawanan,” ujar Thiago Silva kepada Canal Plus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN