Tuchel Tenang Walaupun Cavani Dirisik Kelab Lain

Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel mengakui dirinya kini tenang walaupun spekulasi kini meningkat mengenai masa depan pemainnya iaitu Edinson Cavani yang dikatakan bakal meninggalkan kelab itu.

Menurut Tuchel, beliau mengatakan dirinya akan tunggu beberapa hari lagi sebelum segalanya diselesaikan.

“Ya, berkemungkinan Edinson Cavani tidak akan menjadi pemain Paris Saint-Germain pada 1 Februari ini. Kita sedang menantikan keputusan yang betul-betul jelas.”

Tuchel mengatakan yang keputusan untuk berpindah ini adalah sukar kerana ianya melibatkan bukan sahaja pemain, tetapi ahli keluarga mereka.

“Saya faham perkara ini bukannya mudah, kerana mereka lakukan keputusan yang bukan sahaja untuk diri mereka tetapi untuk keluarga mereka juga.”

“Mereka akan mulakan hidup baru di negara yang berlainan, jadi mereka perlu fikirkan ia dan berbincang mengenainya.”

“Kita perlu tenang, dan jangan marah-marah.”

Selain daripada Cavani, Layvin Kurzawa juga dikaitkan dengan perpindahan keluar dari pasukan tersebut.

Tuchel dilaporkan meminta kedua-dua pemain itu untuk berehat terlebih dahulu di rumah sementara menyelesaikan isu perpindahan mereka.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram