Tuchel Perlekehkan Taktikal Solskjaer Dan Samakan United Dengan Guingamp

Pengendali Paris St-Germain, Thomas Tuchel membidas kenyataan wartawan bahawa beliau kalah secara taktikal di tangan Oleh Gunnar Solskjaer. Ini selepas Man. United menewaskan PSG 1-3 di Parc Des Princes dalam kebangkitan yang dianggap sukar pada awalnya.

Tuchel tetap memberikan amaran kepada Arsenal agar berwaspada dengan ancaman Man. United. Namun dari segi taktikal, Tuchel menganggap taktikal Solskjaer tidak memberikan impak dalam perlawanan itu.

Malah Tuchel menyamakan kemenangan Man. United dengan kemenangan Guingamp – pasukan kerdil yang kini berada di tangga tercorot Ligue 1 – ke atas mereka sebelum ini.

https://twitter.com/Queensmail1/status/1104274307029581824

Pasukan kendalian Unai Emery – yang merupakan bekas pengurus PSG – juga tewas mengejut 3-1 di tangan Rennes dalam perlawanan kalah mati UEL.

Tuchel memberikan pandangan beliau tentang perlawanan di antara Arsenal dan Man. United yang akan berlangsung esok. Tuchel menasihatkan agar Unai Emery berhati-hati kerana taktikal yang dominan tidak akan menjamin kemenangan ke atas Man. United.

Tuchel berkata kepada wartawan: “Selepas gol kedua, kami mengawal perlawanan. Kami bermain dengan kualiti yang tinggi. Kami memberikan respon dengan baik ke atas gol awal mereka. Kami mencipta banyak peluang, malangnya kami gagal mendapatkan gol ke-2 atau ke-3.”

“Selain daripada itu, tanpa diduga, dan tanpa [Man. United] berbuat apa-apa, mereka tiba-tiba mendapat gol kedua kerana kesilapan kami. Gol kedua itu telah memberikan kesan kepada fokus kami.”

PARIS, FRANCE – MARCH 06: Romelu Lukaku of Manchester United celebrates after he scores the opening goal during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Paris Saint-Germain and Manchester United at Parc des Princes on March 06, 2019 in Paris, . (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

“Pada separuh masa kedua, mereka tidak mencipta sebarang peluang gol. Saya merasakan kemenangan Man. United ke atas kami sama seperti yang dilakukan Guingamp dalam Coupe de la Ligue. Perlawanan yang kami tidak sepatutnya kalah tetapi kami tewas kerana penalti.”

“Hari ini saya mendengar ramai menyatakan Man. United datang ke sini untuk menang. Kami kalah, namun kami mengawal perlawanan secara keseluruhannya. Mereka menang, tahniah kepada mereka. Namun saya tiada penjelasan tentang bagaimana mereka boleh menang.”

Beberapa media di Perancis mulai mempersoalkan masa hadapan Tuchel. Namun sumber dalaman PSG menyatakan kelab itu masih memberikan kepercayaan kepada Thomas Tuchel.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN