Tuchel Jawab Isu Dortmund Dituduh Pusat Jagaan ‘Kanak-Kanak’

Thomas Tuchel dituduh taksub dengan pemain muda berbakat sehingga dituduh sebagai pusat jagaan kanak-kanak. Ia menjadikan Borrusia Dortmund hanya pasukan ‘budak-budak’ dan bukan pencabar kejuaraan.

Hal itu berlaku selepas Borussia Dortmund mengumumkan pemain baru mereka Aleksander Isak. Sebelum ini Dortmund rata-rata memiliki pemain muda seperti Emre Mor, Christian Pulisic, Ousmane Dembele dan ramai lagi.

Thomas Tuchel tidak selesa dengan beberapa individu yang menganggap Dortmund seperti pusat jagaan kanak-kanak. Menurut Tuchel:

“Saya harus akui musim ini kami turun naik. Dan kami sendiri tidak berpuas hati dengan perkara itu.”

“Di atas meja saya, banyak tawaran dari kelab lain setiap hari. Namun saya tetap memilih untuk kekal di sini kerana kelab ini komited dalam membangunkan bakat muda.”

Tuchel yakin para pemain yang ada memiliki kualiti yang cukup baik untuk bersaing secara kompetitif.

Tuchel berhadapan dengan isu kehilangan pemain utama pada awal musim dengan pemain seperti Mkhitaryan dan Gundongan berhijrah ke kelab Manchester.

Namun secara statistik pemain-pemain muda seperti Julian Weigl antara pemain tengah terbaik di Bundesliga dan Eropah buat masa ini.

Statistik Squawka mendedahkan Julian Weigl melakukan 91% hantaran tepat per perlawanan. Beliau juga melakukan purata 4 aksi defensif per perlawanan.

Dortmund’s midfielder Julian Weigl (R) celebrates with his teammate Dortmund’s French forward Ousmane Dembele (L) after scoring during the UEFA Champions League football match Sporting CP vs BVB Borussia Dortmund at the Jose Alvalade stadium in Lisbon on October 18, 2016. / AFP / PATRICIA DE MELO MOREIRA (Photo credit should read PATRICIA DE MELO MOREIRA/AFP/Getty Images)

Ousmane Dembele antara pemain muda yang cemerlang juga musim ini. Beliau antara pemain yang memiliki gaya permainan lincah dan menjadi pemain utama.

Pemain senior seperti Pierre-Emerick Aubameyang sangat cemerlang musim ini seperti beberapa musim sebelum ini.

Pandangan kami, pasukan Dortmund sentiasa ada kualiti yang baik. Namun mereka kerap kehilangan pemain utama ketika mereka dalam proses untuk ‘matang’. Sama ada pemain tersebut cedera ataupun dijual.

Baca juga: Beckham Kutuk Serangan Seksual Ke Atas Pemain Dan Budaya Ragging

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN