Gold Cup 2017: Tuan Rumah Nanti Costa Rica Di Separuh Akhir

Gol menerusi Omar Gonzalez dan Eric Lichaj menjadi bekalan selesa tuan rumah, Amerika Syarikat untuk menang ke atas El Salvador. Perlawanan tersebut diadakan di Lincoln Financial Field, Philadelphia.

Gol pertama menerusi Omar Gonzalez terhasil apabila menerima sepakan percuma lantas menanduk ke gawang lawan yang dikawal Derby Carillo.

https://www.youtube.com/watch?v=mshBlXizp_Y

Eric Lichaj menambah gol sebelum wisel penamat separuh masa pertama hasil daripada gerakan mengelirukan pertahanan El Salvador.

Keputusan 2-0 kekal hingga tamat permainan bagi melayakkan skuad bimbingan Bruce Arena ke saingan separuh akhir.

Gara-gara gol sendiri

https://www.youtube.com/watch?v=J-dj9uhsTHc

Jaringan sendiri dari Anibal Godoy sudah cukup untuk membawa Costa Rica menempah pertemuan bertemu Amerika Syarikat dalam saingan seterusnya.

Anibal Godoy sudah pasti merasakan gol sendirinya itu menjadi mimpi ngeri. Kerana gol pada minit ke-77 tersebut, Panama tewas ke atas Costa Rica.

Pemain Costa Rica meraikan gol sendiri pemain Panama. Sumber: CONCACAF Gold Cup.

Costa Rica mengekalkan kelebihan jaringan itu sehingga masa perlawanan tamat.

Aksi seterusnya

Amerika Syarikat bakal membuat perhitungan menentang Costa Rica dalam saingan separuh akhir. Perlawanan akan diadakan di Arlington.

Sementara itu, Jamaica akan berentap dengan Kanada manakala Mexico pula bakal menghadapi saingan Honduras.

Kedua-dua perlawanan diadakan di Glendale bagi merebut slot ke separuh akhir.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram