TSV 1860 Munich: ‘Kehancuran’ Bekas Juara Jerman, Projek Gagal, Penyokong Merusuh

Di sebalik kemasyhuran Bayern untuk kota raya Munich, sebuah kelab kecil juga berpangkalan di Munich selalu dibayangi gergasi itu. Namanya, TSV 1860 Munich.

TSV 1860 bukanlah kelab asing di Jerman. Mereka pernah menjadi juara Bundesliga pada 1966. Walaupun mereka hanya kelab kecil jika dibandingkan dengan Bayern Munich.

Kali terakhir mereka berjaya naik ke Bundesliga adalah pada 2004.

Pada 2011 pasukan ini hampir muflis. Mereka pernah menerima dana bantuan €8 juta dari Bayern Munich yang merupakan seteru sebandar mereka.

Mujurlah tidak lama selepas itu, jutawan dari Jordan, Hasan Abdullah Ismaik menyelamatkan kelab dengan memasukkan €18 juta untuk membeli pegangan saham 60%.

Namun apa yang berlaku, Hassan Abdullah Ismaik gagal merancang sebaiknya dalam usaha menjadikan kelab ini kompetitif.

Beliau melantik CEO Ian Ayre yang sebelum ini kerap menjadi sasaran ketika di Liverpool kerana sikap lembap beliau dalam bertindak.

Ian Ayre yang memang seringkali menjadi bahan makian penyokong Liverpool ketika menggalas jawatan serupa di Anfield.

Hassan tidak melantik orang yang betul di bahagian pengurusan walaupun beliau ada duit untuk membangunkan semula TSV 1860 Munich.

Pada hari ini, juara Bundesliga 1965-66 itu tersingkir ke Bundesliga 3. Ini selepas mereka tewas dalam perlawanan play-off penyingkiran menentang Jahn Regensburg petang semalam.

Biarpun pada perlawanan pertama 1860 Munich seri 1-1, tetapi mereka melepaskan dua gol di Allianz Arena. Gol Jahn Regensburg itu dijaringkan oleh Kolja Pusch dan Marc Lais.

Mereka tewas 3-1 secara agregat.

Tidak terima hakikat

Penyokong kelab itu merusuh kerana kecewa dek kegagalan untuk kekal dalam saingan Bundesliga 2. 10 polis dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Tambah parah lagi apabila Pengurus Besar kelab, Ian Ayre meletak jawatan. Penyokong-penyokong mereka menjerit, “Kami sudah bosan!” berkali-kali.

MUNICH, GERMANY – MAY 30: Police face 1860 Muenchen fans during the Second Bundesliga Playoff second leg match betweenTSV 1860 Muenchen and Jahn Regensburg at Allianz Arena on May 30, 2017 in Munich, Germany. (Photo by Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images)

Perlawanan tergendala hampir 15 minit apabila beberapa objek dibaling ke dalam padang.

Tamat perlawanan, giliran Presiden kelab, Peter Cassalette pula meletakkan jawatan selepas melihat insiden tersebut.

Kelab ini sebelum ini melantik bekas pengurus Porto, Vitor Pereira. Dalam sidang media pertama beliau Pereira degan yakin berjanji akan membawa kelab ini kembali ke Bundesliga dan seterusnya bermain di Eropah.

Selepas perlawanan play-off penyingkiran semalam, nada berlainan keluar dari mulut beliau, Pererira memberitahu wartawan:

“Malangnya, kami tidak mampu mencapai sasaran. Ianya perit kerana projek kami gagal. Saya telah mencuba yang terbaik.”

Beliau menggambarkan kepada media yang beliau mungkin akan melepaskan jawatan.

Lebih malang apabila skuad B-21, B-19, B-16 dan B-16 mereka juga kesemua tersingkir ke divisyen lebih bawah.

Apa yang kita boleh pelajari adalah, perbelanjaan yang betul ketika ada duit itu penting. Lantik orang yang betul untuk melaksanakan projek.

Perlunya perancangan yang rapi dalam membentuk pasukan yang berdaya saing.

Tidak dinafikan Hassan Abdullah Ismaik ada kesungguhan (passion) untuk memajukan kelab ini. Namun, passion sahaja tidak cukup tanpa ada organisasi yang cekap.

Dalam erti kata lain, kepakaran dan kesungguhan itu harus selari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN