Troll Keterlaluan, Cech Sekolahkan Twitter Bayer Leverkusen Nilai-Nilai Murni Kelab Besar

Kegugupan Petr Cech yang hampir membuatkan beliau menjaringkan gol sendiri ketika ditekan Man. City telah menjadi bahan jenaka troll di media sosial.

Penjaga gol itu sebelum ini tak pernah kisah dengan banter seperti itu. Namun beliau terasa hati dan kecewa apabila ia melibatkan akaun twitter rasmi kelab profesional.

Bayer Leverkusen adalah kelab lama Bernd Leno, dan mereka telah menyekolahkan Petr Cech dengan memberikan contoh cara Leno bermain membina serangan daripada belakang.

Bayer Leverkusen telah membalas status troll di atas ini daripada laman tidak rasmi ataupun peminat di atas dengan akaun rasmi kelab mereka.

Ia ternyata idea yang tidak disenangi oleh Petr Cech yang menembak pengurus media sosial kelab tersebut.

Cech seakan-akan tak senang dengan tindakan akaun twitter tersebut yang kelihatan cuba mengangkat bekas pemain mereka sedangkan Cech bermain atas kepercayaan Unai Emery.

Beliau sendiri mengakui masih belajar banyak untuk corak asas taktikal seperti itu. Cech membidas dengan berkata.

“Di Arsenal kami berkongsi nilai-nilai penting yang menjadikan kami kelab besar dan bukan sekadar pasukan bola sepak.”

“Persaingan sihat, profesionalisme dan semangat kesukanan adalah nolai terbesar yang kami ajar kepada pemain muda. Sedih melihat ada kelab lain yang tidak berkongsi nilai-nilai itu.”

Ramai juga peminat menyuruh Cech untuk lebih bertenang dalam hal itu dan tidak melayan banter seperti itu. Namun ramai juga yang faham bahawa Cech adalah generasi yang ataupun ‘old skool’.

Beliau pastinya dengan pemain muda hari ini. Tempoh hari Michy Batshuayi troll diri beliau sendiri selepas menyepak bola yang melantun ke mukanya.

Namun ada juga yang menghormati Cech sebagai orang yang berbeza daripada Batshuayi ataupun Mendy sambil menyifatkan twitter rasmi pasukan harus tidak terlalu troll berlebihan sehingga melibatkan isu persaingan antara pemain dalam pasukan.

Ini kerana Twitter Bayer Leverkusen seakan-akan mempertikaikan pemilihan Petr Cech dalam kesebelasan utama dan cuba menyatakan graduan mereka lebih hebat daripada penjaga gol legenda itu.

Cech sudah 20 tahun bermain bola sepak profesional dan 15 tahun di EPL.

Dalam bola sepak, pengurus akan memilih pemain atas banyak faktor. Leno mungkin masih dalam proses adaptasi dan pada masa yang sama Unai Emery mungkin mahu penjaga gol itu memerhatikan gaya permainan EPL terlebih dahulu.

Atau mungkin juga isu kecergasan menjadi faktor penjaga gol itu tidak diturunkan. Ini kerana Leno sudah pastinya calon utama untuk menjadi penjaga gol no.1 Arsenal.

Twitter Bayer Leverkusen selepas itu menjelaskan yang mereka hanya berjenaka dan memuji aksi 1 vs 1 Cech berhadapan Aguero.

“Hi Petr, nampak gayanya, lawak kami mahu melihat bekas pemain kami Leno telah diambil agak serius dan agak peribadi.”

“Itu hanyalah sedikit banter. Kami berpegang penuh kepada nilai-nilai yang anda nyatakan itu dan mengucapkan anda dan kelab besar anda yang terbaik. Aksi menyelamat 1 v 1 yang cantik berhadapan Aguero.”

Itupun twitter AS Roma dan Ajax yang kaki banter turut masuk mencelah untuk banter Bayer Leverkusen yang sebelum ini suka mengenakan orang.

Maaf dah terlambat katanya:

Pada era media sosial hari ini banyak kelab telah memuat naik jenaka contohnya pemain kena nutmeg, itu adalah konten yang boleh menarik lebih banyak audien.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN