Trippier Tak Peduli Dengan Kritikan Klopp

Pemain pertahanan Atletico Madrid, Kieran Tripper berkata beliau tidak peduli dengan kritikan Jurgen Klopp terhadap corak permainan bertahan pasukannya dalam perlawanan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Atletico Madrid bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk menang 3-2 pada masa tambahan di Anfield dan sekaligus menyingkirkan juara bertahan itu.

Klopp kemudian ‘melancarkan serangan’ kepada pasukan Sepanyol itu selepas perlawanan dengan mengatakan mereka tidak bermain bola sepak seperti yang sepatutnya.

Bagaimanapun Tripper langsung tidak terkejut dengan dakwaan itu dan menjelaskan ianya merupakan perancangan yang sempurna.

“Jika kamu beraksi seperti biasa dengan Liverpool, mungkin awak akan ‘dibantai’ sehingga 6-0. Saya tak tahu apa yang orang fikirkan,” kata Trippier kepaada akhbar Mirror.

“Kamu boleh tengok pengulas juga seperti mengutuk kami kerana main bertahan, tetapi adakah mereka sangka kami akan beraksi dan bermain secara menyerang apabila berdepan dengan Liverpool ketika ini? Jadi perlu ada perancangan dan kami berjaya melaksanakannya.

“Memang kami perlu bertahan, tetapi yang lebih penting adalah kami menang perlawanan itu. Kami tahu mereka tempo permainan mereka akan perlahan akhirnya dan kami perlu menunggu sehingga 100 minit dan akhirnya kami menang 3-2.”

Pemain England itu mengatakan beliau dan rakan sepasukannya tidak pedulu dengan kecaman orang kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan dan hasilnya mereka menang dalam kedua-dua perlawanan dan itulah sebenarnya bola sepak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram