Kisah Bagaimana FK Trepca 89 Menjadi Wakil Sulung Kosovo ke UCL

Sebelum ini, sebuah kelab dari Kosovo bakal membuat penampilan sulung untuk negara tersebut dalam undian UEFA Champions League 2017-/8.

Kosovo diberikan kebenaran bertanding dalam saingan di peringkat Eropah selepas permohonan keahlian mereka diterima beberapa tahun lepas.

Mari mengenali wakil sulung Kosovo ke kejohanan berprestij ini.

Trepca ‘89

Dalam kancah perpecahan Yugoslavia, sebuah kelab di dalam wilayah Kosovo telah lahir. Kelab itu dinamakan KF Trepca ’89.

Ini disebabkan peristiwa fasa perpecahan Yugoslavia berlaku pada penghujung 1980-an.

Etnik Albania yang banyak menghuni kawasan kota Mitrovica, di mana kelab itu berpangkalan. Dek perang, pemain beretnik Albania dari kelab FK Trepca Kosovovska Mitrovica  meninggalkan kelab.

Ya, etnik Albania sering berperang dengan etnik lain dalam Yugoslavia.

Trepca ’89 menjulang trofi Kosovar Superleague musim lalu. Sumber: Facebook FK Trepca ’89.

Mereka lantas membentuk Minatori ’89. Kemudian, nama itu ditukar kepada nama sekarang.

Mereka menjulang kejuaraan Kosovar Superliga pertama pada musim 2016-17. Lebih manis, mereka menjadi kelab pertama wakil Kosovo ke kejohanan kelab berprestij Eropah.

Kelab ini diletakkan dalam ‘Unseeded pot’ untuk undian kali ini. Malam tadi, Trepca  ’89 diundi bertemu wakil Kepulauan Faroe, Vikingur.

Wakil Europa League

UEFA memperuntukkan satu slot untuk Kosovo dalam saingan UEFA Europa League. Juara Kosovar Cup diberi mandat membawa cabaran ke kejohanan itu.

Musim lepas, juara Kosovar Cup dimenangi Besa Peje. Namun, UEFA tidak membenarkan kelab itu bertanding kerana gagal memenuhi keperluan mendapatkan lesen.

FC Prishtina yang bakal beraksi dalam UEFA Europa League 2017/18. Sumber: Facebook FC Prishtina.

Naib juara Kosovar Super Liga 2016-17, Prishtina diberikan laluan oleh UEFA untuk membawa cabaran Kosovo untuk musim ini.

Sebagaimana rakan senegara, Prishtina juga dletakkan dalam ‘Unseeded pot’ Kumpulan 9. Prishtina telah diundi bertemu IFK Norrkoping dari Sweden.

Penutup

Apa pun, tahniah kepada dua kelab ini menempatkan diri dalam saingan UEFA Champions League dan Europa League. Harapnya, mereka dapat beraksi hingga ke peringkat kumpulan.

Bagi penulis, jika dapat bermain sehingga ke peringkat kumpulan, ia merupakan satu bonus untuk kelab yang berkedudukan rendah di dalam ranking UEFA.

Sumber

UEFA Champions League

UEFA Europa League

  • Share on facebook
    Share on twitter
    Share on whatsapp
    Share on telegram