Trent Alexander-Arnold: Keluarga Saya Terlalu Banyak Berkorban

Trent Alexander-Arnold

Pemain pertahanan kanan yang semakin menunjukkan prestasi cemerlang, Trent Alexander-Arnold mendedahkan sudah terlalu banyak pengorbanan dilakukan ahli keluarganya dalam merealisasikan impian beliau untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Keadaan tersebut membuatkan pemain berusia 21 tahun itu terhutang budi dengan ahli keluarganya sehingga beliau dapat menikmati seperti apa yang telah dikecapinya pada ketika ini.

Menurut sumber Goal, Alexander-Arnold turut beranggapan segalanya tidak akan menjadi kenyataan dalam karier beliau tanpa keluarga kesayangannya itu.

”[Keluarga saya] terlalu banyak berkorban untuk saya dapat bermain bola sepak.”

Embed from Getty Images

”Pasti sukar bagi seorang abang yang ketinggalan dalam bola sepak kerana adiknya, dan begitu juga buat adik lelaki kerana tidak dapat benar-benar menikmati kebebasan sama dalam bola sepak seperti kita, kerana dia terpaksa terlepas beberapa perlawanan untuk hadir dan menyaksikan perlawanan saya,” ujar Alexander-Arnold.

Dalam pada itu, pemain skuad kebangsaan England ini turut berkongsikan keadaan yang mendorongnya untuk serius dalam bola sepak dan juga pendidikan.

”Saya sangat mengimbangi kedua-duanya. Tetapi pada saya dan keluarga, pendidikan sama pentingnya [dengan bola sepak], jika tidak lebih, kerana kemungkinan ia akan membuatkan peluang untuk menjadi pemain bola sepak tipis.”

Pada usia yang muda, Trent Alexander-Arnold telah menunjukkan prestasi terbaiknya dalam menjadi antara nadi penting buat Liverpool sejak beberapa musim ini.

Beliau menjadi tonggak buat The Reds dalam muncul juara Liga Juara-Juara Eropah 2018/19, Piala Super 2019, Piala Dunia Kelab FIFA 2019 dan semakin hampir untuk meraih mahkota Liga Perdana Inggeris 2019/20.

Kredit foto: Max Maiwald/DeFodi Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN