Trent Alexander-Arnold: Jurgen Klopp Beri ‘Nyawa’ Buat Liverpool

Jurgen Klopp

Pemain bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold mengakui bahawa pengurus pasukannya, Jurgen Klopp telah memberikan ‘nyawa’ baharu dan turut membantu dalam merealisasikan impian buat kelab tersebut.

The Reds pada ketika ini hanya memerlukan enam mata sahaja lagi untuk menamatkan penantian panjang bagi menjulang trofi idaman Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa kehadiran Klopp membimbing Liverpool bermula pertengahan musim 2015/16 menjadi titik tolak kepada kebangkitan kelab Merseyside itu.

Ia dibuktikan apabila ketandusan trofi yang dihadapi kelab tersebut berjaya disudahkan dengan cukup cemerlang oleh Klopp apabila Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah pada musim lalu.

”Untuk memikirkan kembali di mana kelab ini berada ketika kehadiran beliau, para pemain dan tahap di mana kami berada, dia telah membantu kami [pemain muda] daripada akademi, perkara yang dilakukannya sangat luar biasa.”

”Untuk mengubah keseluruhan kelab dan semua orang daripada keraguan kepada kepercayaan, untuk mendapatkan semua orang berfikir cara yang sama, mempercayai cara yang sama dan mempunyai impian yang sama,” ujar Alexander-Arnold kepada Goal.

”Dia telah ‘memberikan’ nyawa kepada keseluruhan kelab ini. Walaupun bukan orang tempatan di sini, dia hanya seorang yang cepat serasi dengan kelab ini. Dia melakukannya dengan setiap orang – peminat, kakitangan dan juga pemain.”

”Anda perlu memberikan rasa hormat terhadap apa yang telah dilakukannya. Hanya setiap orang yang terlibat dengannya mampu mengucapkan terima kasih sebanyak mungkin.”

”Bagaimana cara dia membangunkan pemain di sekelilingnya dan membuatkan impian mereka menjadi kenyataan serta membantu mereka melakukan apa yang mereka mahukan adalah luar biasa.”

”Dia merupakan seorang yang sentiasa istimewa buat kelab ini dan secara peribadi buat saya juga,” tambah Alexander-Arnold lagi.

Kredit featured image: Laurence Griffiths/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN