Trent Alexander-Arnold Berharap Dapat Jadi Inspirasi Buat Pemain Muda Liverpool

pemain muda

Sumbangan berkesan Trent Alexander-Arnold dalam membantu Liverpool pada kempen musim lalu sememangnya tidak dapat disangkal kebenarannya.

Pada usia baru yang menjengah 20 tahun, beliau telah mempamerkan kematangan dalam permainan sehingga menjadi antara tonggak utama pilihan pengurus pasukan, Jurgen Klopp.

Dengan berbekalkan pengalaman beliau meniti perjalanan indah tersebut, anak jati Liverpool itu merasakan beliau menggalas tanggungjawab dalam menjadi inspirasi buat pemain muda kelab tersebut.

”Saya rasa saya faham bahawa saya mempunyai tanggungjawab buat pemain muda.”

LIVERPOOL, ENGLAND – SEPTEMBER 18: Neymar Jr of PSG, Trent Alexander-Arnold of Liverpool (left) during the Group C match of the UEFA Champions League between Liverpool FC and Paris Saint-Germain (PSG) at Anfield on September 18, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

‘”Saya cuba untuk memastikan saya berada disana untuk mereka dan mereka tahu bahawa mereka boleh datang dan bercakap dengan saya.”

”Diharapkan mereka tahu saya berada di situasi mereka dan saya tahu apa yang akan mereka lakukan. Keluar dan masuk pasukan, digilirkan, tidak mendapat minit perlawanan yang anda mahukan atau bergelut dengan kecergasan.”

”Saya telah melalui semua perkara itu. Saya mengharapkan mereka dapat memahami bahawa saya ada, sentiasa ada disana untuk mereka dan saya sentiasa ada untuk mereka datang kepada saya dan bercakap.”

Antara pemain muda berbakat besar yang boleh diketengahkan dalam kem Liverpool ialah pemain berusia 19 tahun, Rhian Brewster dan Harry Wilson (22 tahun).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN