Tragedi Letupan Manchester: Apa Reaksi Dunia Bola Sepak?

Tragedi Letupan Manchester nyata telah menimbulkan suasana pilu bagi mereka yang terlibat mahupun kita yang cuma mendengar khabar berita sahaja di Malaysia.

Letupan yang meragut seramai 22 orang ini berlaku ketika konsert penyanyi Ariana Grande.

Ia telah mendapat simpati seluruh dunia, malah kami di Semuanya BOLA turut simpati dengan apa yang berlaku.

Artikel ini akan menceritkan bagaimana reaksi dunia bola sepak terhadapa tragedi menyayat hati ini.

A City United

Dalam bola sepak, apabila bercerita mengenai Manchester terus akan terbayang Manchester United & Manchester City.

Tragedi letupan tersebut telah membawa 2 kelab ini bersatu bersama-sama dalam membantu mereka yang terkena tempiasnya.

Kedua-dua kelab tersebut telah bersetuju untuk menderma sebanyak £1 juta kepada We Love Manchester Emergency Fund untuk membantu mereka yang terkesan dengan serangan ini.

Selain itu, mereka juga melancarkan kempen #ACityUnited di laman media sosial.

Sambutan dibatalkan

Selain dua kelab Manchester ini, pesaing-pesaing mereka juga turut menzahirkan simpati terhadap Tragedi Manchester ini.

Sebagai contoh juara Premier League iaitu Chelsea, mereka sepatutnya mengadakan sesi menyambut kejuaraan Premier League dengan mengadakan perarakan di sekitar London.

Namun begitu, mereka telah membatalkan sambutan tersebut atas saranan dari pihak polis sendiri.

“Kami membatalkan sambutan tersebut selepas pihak polis menasihati kami untuk tidak mengadakan acara yang memerlukan orang berkumpul berama-ramai di lokasi terbuka.”

Selain Chelsea, pasukan Scottish Premiership iaitu Aberdeen turut mengeluarkan kenyataan akan tidak ada sambutan besar-besaran jika mereka muncul juara Scottish Cup menewaskan Celtic hujung minggu ini.

Selain itu juga, pasukan Arsenal juga telah membatalkan pelan asal mereka untuk menyiarkan perlawanan akhir FA Cup hujung minggu ini secara langsung menerusi layar gergasi di Emirates Stadium.

Perlawanan yang menyaksikan Arsenal menentang Chelsea itu bakal menyaksikan kelab terpaksa membatalkan acara itu demi menjaga keselamatan orang ramai.

Arsenal & Chelsea juga turut bersetuju untuk tidak melakukan sebarang sambutan besar-besaran jika mereka menjuarai FA Cup.

Simpati dari musuh tradisi

Kita semua tahu yang Manchester United dan Liverpool adalah 2 musuh tradisi dalam bola sepak England.

Namun begitu, tragedi sebegini telah membawa Liverpool untuk memberikan simpati mereka kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Ketika dalam perlawanan persahabatan menentang Sydney FC di Australia, mereka telah mengadakan sesi tafakur selama 1 minit untuk meningati mereka yang terkorban.

Pemain Ravel Morrison juga menzahirkan rasa simpati beliau terhadap serangan tersebut.

Namun beliau mengambil pendekatan untuk menepis sentimen Islamophobia dalam kalangan warga dunia.

https://www.instagram.com/p/BUclqsiBAMS/?taken-by=1ravel&hl=en

Kesimpulannya, dunia bola sepak akan bersatu apabila sesuatu tidak baik berlaku.

Walaupun ia berlaku di Manchester dan tiada kena mengena dengan pasukan atau pemain bola sepak, akan tetapi ia berlaku di sebuah bandar yang sinonim dengan pasukan bola sepak terbaik di dunia.

Tahniah kepada semua yang memberikan penghormatan. Kepada keluarga mangsa, kami berharap anda semua bertabah hadapi dugaan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN