Kewangan Meruncing, Tottenham Hotspur Pinjam Wang Bank of England

Tottenham Hotspur

Kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur dilaporkan telah meminjam wang sebanyak £175 juta dari Bank of England bagi membantu meringankan beban susulan serangan wabak COVID-19 yang melanda sehingga ke hari ini.

Kesempatan program Kemudahan Pembiayaan Korporat COVID-19 yang diperkenalkan telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh kelab tersebut bagi membendung kerugian yang dihadapi berikutan wabak tersebut.

Menurut sumber Goal, Tottenham dilaporkan bakal kehilangan pendapatan bernilai hampir £200 juta dalam tempoh sehingga Jun 2021 selepas stadium baharu mereka tidak dapat menerima kehadiran penyokong bagi menyaksikan perlawanan.

Hal ini juga berpunca daripada aktiviti sukan lain dan acara kebudayaan yang dirancangkan untuk diadakan di stadium tersebut juga terpaksa dibatalkan.

Antara acara besar di Stadium Tottenhan Hotspur yang terpaksa dibatalkan ialah dua pertembungan National Football League (NFL), pertandingan tinju heavyweight di antara Anthony Joshua menentang Kubrat Pulev serta konsert artis terkenal, Lady Gaga.

Tottenham juga terpaksa membayar semula wang hak penyiaran selepas tiga bulan saingan Liga Perdana Inggeris terpaksa dihentikan.

Dengan £175 juta yang dipinjam daripada Bank of England setelah kelab tersebut memenuhi segala kriteria ditetapkan, Tottenham perlu membayar semula pinjaman tersebut dengan kadar faedah mencapai 0.5 persen.

Perkembangan terkini yang dihadapi pasti akan menganggu aktiviti di jendela perpindahan Tottenham Hotspur pada musim panas nanti. Ini juga bakal menjadi ‘norma baharu’ buat kelab tersebut dalam menghadapi saingan liga selepas ini.

Kredit fetured image: Mike Hewitt/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Tottenham Hotspur:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply