Tottenham Hanya Mahu Jual Kane Kepada Kelab Bukan Premier League

Harry Kane

Kelab Premier League, Tottenham Hotspur telah menegaskan yang mereka tidak akan menjual Harry Kane dengan mudah.

Kelab itu sekarang ini hanya mahu menjual Kane kepada kelab yang berada di luar Premier League sahaja.

Laporan di England menyebut, pengerusi kelab iaitu Daniel Levy menegaskan Tottenham tidak mahu menguatkan lawan mereka di Premier League dengan menjual ayam tambatan mereka kepada pasukan dalam negara.

Sebelum ini, Chelsea dan Manchester United sering dikaitkan dengan perpindahan Kane.

Tetapi yang paling nyata ketika ini adalah Manchester City yang bersedia memberikan tawaran lumayan untuk kapten England itu.

Tambah Levy lagi, Tottenham menegaskan mereka hanya akan melayan tawaran dari kelab luar Premier League dengan harga permulaan £150 juta.

Walaupun Levy berbuat demikian, tetapi ianya seakan tidak berguna kerana ketika ini tiada pasukan luar England yang mahukan Kane.

Ini termasuklah kelab-kelab utama Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, Juventus atau Bayern Munich – semuanya tidak menunjukkan minat untuk mendapatkan Kane.

Ketika ini, memang hanya City sahaja yang begitu serius untuk melamar Kane sebagai pemain mereka.

Kane baru-baru ini dilaporkan telah ponteng sesi latihan Tottenham dengan perkhabaran beliau sudah berang dengan tindakan kelabnya yang tidak mahu melepaskannya.

Tottenham bersedia untuk mendenda Kane atas masalah disiplin yang ditonjolkannya tetapi adakah ianya akan membuatkan pemain itu terus setia bersama mereka?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply