Tony Adams Khuatir Aubameyang Bakal Tinggalkan Arsenal

Tony Adams

Legenda Arsenal, Tony Adams mengakui bahawa beliau khuatir The Gunners akan kehilangan seorang lagi pemain nama besar mereka, Pierre-Emerick Aubameyang pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Adams dalam pada itu turut beranggapan Arsenal tidak akan menjadi pesaing hebat bagi merebut trofi Liga Perdana Inggeris berikutan polisi perpindahan yang tidak dikendalikan dengan baik.

Sehubungan dengan itu, Adams turut mengharapkan agar Arsenal lebih bijak dalam mendapatkan pemain yang diperlukan, mempertahankan pemain bintang dalam pasukan dan memberikan peluang buat pemain akademi untuk beraksi.

Masa depan Aubameyang di Arsenal juga masih belum dapat dipastikan apabila beliau kini menjadi sasaran kelab ternama dunia seperti Barcelona dan Chelsea untuk mendapatkan khidmatnya.

”Mungkin, dia [Aubameyang] juga akan angkat kaki meninggalkan pasukan.”

Embed from Getty Images

”Saya menyukai prinsip yang diamalkan Arsene Wenger [bekas pengurus Arsenal] bahawa tidak ada pemain Arsenal yang lebih besar daripada kelab ini,” ujar Adams menurut laporan Sky Sports.

”Dia juga akan membawa masuk pemain yang masuk akal dengan sumber kewangan kelab.”

”Dia berpegang kuat pada prinsip itu dan dia melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah pada setiap musim tetapi itu telah menghalang aspek dalam rekrut pemain – jadi kami menjadi pasukan yang menjual pemain terbaik kami.”

”Sekiranya saya menjadi pengurus, saya tidak akan menjual Aubameyang walau berapa pun harganya, kami perlu merekrut pemain, membawa masuk pemain menerusi akademi dan mengekalkan pemain terbaik kami,” ujar Tony Adams lagi.

Aubameyang yang muncul penjaring terbanyak bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane pada musim lalu sudah berjaya menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan disertai Arsenal pada kempen 2019/20. 17 gol daripadanya terhasil dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kredit featured image: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Pierre-Emerick Aubameyang:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply