Tonton Saat Indah Messi Raikan Kejuaraan Copa America Bersama Penyokong Argentina

Lionel Messi

Saat yang indah itu akan menjadi lebih manis jika ianya dinanti dengan penuh sabar.

Lionel Messi dan Argentina mengalami penderitaan yang begitu lama dalam saingan bola sepak antarabangsa.

Baik di saingan Piala Dunia atau Copa America, mereka sering saja gagal untuk mengulangi kejayaan yang dilakukan oleh pemain-pemain sebelum mereka.

Dibebani dengan gelaran pemain terbaik dunia membuatkan semuanya semakin sukar buat Messi yang menerima segala cemuhan selepas gagal lagi, lagi dan lagi.

Dan selepas berjaya memecahkan badi tersebut di Copa America 2021, ianya ibarat satu beban yang berjaya dilepaskan akhirnya buat Messi dan rakan-rakan.

Kini, Messi dan rakan-rakan baru dapat meraikkan kejayaan tersebut secara rasmi apabila dapat menjulang piala tersebut dihadapan penyokong mereka sendiri.

Lebih manis, ianya diraikan selepas Messi memecahkan satu lagi rekod melibatkan bola sepak Amerika Selatan.

Dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan menentang Bolivia, Messi mencatatkan hatrik yang memberikan tiga mata buat negaranya.

Lebih manis, hatrik daripada Messi itu membolehkan beliau melepasi Pele sebagai penjaring gol terbanyak bagi pemain lelaki dalam skuad kebangsaan Amerika Selatan dengan 78 gol!

Jadi peminat Messi dan Argentina, nikmatilah saat indah ini dalam video yang kami sediakan di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN