Toni Kroos: Sepanyol Ajar Kami Cara Bermain Bola Sepak

Toni Kroos

Pemain tengah Jerman, Toni Kroos mengakui bahawa Sepanyol telah memberikan pengajaran yang secukupnya buat skuad kendalian Joachim Low tersebut selepas melihat La Roja berkenduri jaringan pada aksi UEFA Nations League 2020 di Estadio de la Cartuja, Sevilla awal pagi tadi.

Kroos yang turut beraksi pada perlawanan tersebut tidak mampu untuk menghalang pasukannya daripada dibolosi enam jaringan menerusi hatrik diledakkan Ferran Torres serta tiga gol lagi disumbangkan oleh Alvaro Morata, Rodri dan Mikel Oyarzabal.

Sehubungan dengan itu, Kroos memuji keunggulan Sepanyol dan turut berpendapat anak buah Luis Enrique itu jelas cukup baik dari segenap aspek sehingga menyebabkan Jerman mengalami kekalahan terbesar dalam saingan kompetitif.

Lebih perit untuk diperkatakan, Jerman langsung tidak berjaya mendapatkan sebarang percubaan tepat ke arah pintu gol Sepanyol yang dikawal penjaga gol Athletic Bilbao, Unai Simon.

”[Kekalahan] ia memang menyakitkan,” ujar Kroos menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Sepanyol mengajar kami cara untuk bertahan, bagaimana cara bermain dengan bola dan tanpa bola.”

Pendapat Toni Kroos itu dipersetujui rakan sepasukannya, Serge Gnabry apabila beliau mendakwa segala yang dirancangkan skuad Jerman tidak berhasil.

”Tidak ada yang berhasil untuk kami pada [perlawanan] hari ini. Kami langsung tidak mempunyai kesempatan [melakukan percubaan].”

”Sepanyol memang layak untuk mencapai kemenangan pada tahap ini. Kami cuba untuk saling menekan antara satu sama lain. Sepanyol bermain dengan sangat baik tetapi kami sebaliknya.”

”Sekarang mungkin kami tahu di mana kami berada. Itu membuatkan kami semua berfikir. Kami masih mempunyai sedikit waktu dan harus memanfaatkannya sebaik mungkin.”

Kredit featured image: Fran Santiago/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jerman:

Benarkah Skuad Jerman Juara Piala Dunia 2014 Terkena ‘Sumpahan’? [Bahagian 1]

Jurgen Klopp Beri Bayangan Mahu Latih Pasukan Jerman Di Masa Depan

UNL: Sepanyol Mara Ke Pusingan Akhir Selepas Aibkan Jerman 6-0

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN