Tonali: Saya Dah Minta Izin Tetapi Gattuso Memang Nak Saya Guna Nombor 8

Tonali

Pemain tengah baharu AC Milan, Sandro Tonali mengakui impiannya kini menjadi kenyataan selepas berjaya menyarung jersi skuad Rossoneri secara pinjaman sehingga penghujung musim 2020/21 dengan pilihan pembelian tetap.

Lebih manis buat pemain berusia 20 tahun itu apabila beliau akan menggunakan jersi bernombor 8 di mana ia merupakan nombor yang pernah dipakai oleh idolanya, Gennaro Gattuso ketika menyarung jersi AC Milan.

Tonali yang benar-benar mengidolakan Gattuso sejak dari kecil menegaskan beliau telah meminta keizinan kepada pengendali SS Napoli itu untuk menggunakan nombor tersebut.

”Jersi nombor 8 pernah digunakan oleh pemain yang telah melakar sejarah di Milan seperti Gattuso,” ujar Tonali menurut laporan Goal.

”Saya menghubunginya [meminta izin] dan sebagai seorang jurulatih, dia menjawab dengan memberitahu kepada saya bahawa saya tidak perlu pun untuk meminta izin kerana saya memang perlu untuk memakai nombor tersebut.”

”Saya memilihnya [nombor 8] kerana ia membawa dua makna, sebagai seorang pemain tengah dan sebagai pemain tengah AC Milan.”

Selain daripada kagum dengan Gattuso, Tonali turut berkongsikan perasaan teruja kerana beliau akan bekerjasama dengan legenda AC Milan, Paolo Maldini.

”Waktu kecil, saya mengagumi dia dan pada satu ketika saya berharap dapat bergambar bersamanya. Sekarang, saya sudah bekerja bersamanya.”

”Ia merupakan sesuatu yang inda dapat bekerjasama dengan seorang juara di Milan. Perasaan ini cukup sukar untuk saya ungkapkan,” tambah Tonali lagi.

Kredit featured image: Jonathan Moscrop/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Sandro Tonali:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN