Tomasz Kuszczak: David De Gea Seorang Penjaga Gol Yang Luar Biasa

David De Gea

Bekas penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak mengakui rakan sepasukannya ketika bersama The Red Devils, David de Gea adalah seorang penjaga gol yang sangat luar biasa.

Kuszczak yang pernah berlatih bersama ketika de Gea pada musim pertamanya bersama United mendedahkan penjaga gol kelahiran Madrid itu sudah kelihatan seperti Spider-Man sewaktu sesi latihan pasukan.

Tanggal 29 Jun 2011, secara rasminya De Gea menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan bernilai £18.9 juta di mana Sir Alex Ferguson mahu beliau menjadi pengganti kepada Edwin Van Der Saar yang bersara daripada kancah bola sepak pada penghujung musim 2010/11.

Dalam pada itu, Kuszczak turut beranggapan de Gea merupakan antara penjaga gol terbaik dalam saingan bola sepak di Eropah.

”Hampir setahun saya berlatih dengan De Gea dan saya masih ingat bagaimana para pemain melepaskan rembatan yang mencari ‘top corner’ pintu gol dan secara tiba-tiba De Gea ‘terbang’ seperti Spider-Man untuk menafikan percubaan tersebut.”

”Saya berasa amat kagum dengan tindakannya. Dia sangat kuat dan pantas dan merupakan pemain yang hebat. Kesilapan ketika beraksi itu pasti akan ada, kita semua melakukannya tetapi de Gea telah membuktikan kualitinya dalam tempoh yang lama.”

Embed from Getty Images

”Persembahannya pada lapan atau sembilan tahun terakhir ini sangat luar biasa,” ujar Kuszczak menurut laporan Goal.

”Untuk beraksi bersama pasukan yang bermain dengan baik dan ternama adalah mudah, tetapi malangnya selepas Sir Alex meninggalkan pasukan [Manchester United] terdapat perubahan pada kelab, United sedikit bergelut dan David berada dalam tekanan yang cukup tinggi.”

”Saya tidak terkejut dia terpilih sebagai pemain terbaik untuk empat atau lima musim berturut-turut kerana dia memang layak untuk mendapatkannya. Dia menyelamatkan banyak peluang terbaik lawan pada setiap perlawanan yang mana dia berada dalam tekanan tinggi.”

”Saya bermain beberapa perlawanan untuk United dan saya mungkin menyentuh bola untuk tiga kali, tiada apa lagi yang saya lakukan! Saya hanya melakukan hantaran dan kami menang 3-0, terima kasih sangat-sangat.”

”Tetapi situasinya sangat berbeza buat David, pada setiap perlawanan dia akan menyelamatkan bola dengan hebat dan bagi saya dia seorang penjaga gol yang luar biasa dan terbaik dalam kalangan yang terbaik, tiada keraguan mengenai perkara itu,” tambah Tomasz Kuszczak lagi.

Kredit featured image: Catherine Ivill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai David de Gea:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply