Tomas Trucha: Umpama Pentas Final Berdepan Terengganu Nanti!

Tomas Trucha Penang FC Terengganu pentas final

Kejayaan menundukkan Sri Pahang 2-1 malam tadi bukanlah satu keraian lagi buat Penang FC, bak kata pengendali, Tomas Trucha, selepas ini mereka akan beraksi di ‘pentas final’ berdepan Terengganu FC.

Mengapa dikatakan final? Terengganu merupakan pesaing terdekat mereka untuk kedudukan kedua Liga Super 2021 bersama Kedah Darul Aman FC. Ketiga-tiga pasukan masih berpeluang untuk menamatkan saingan musim ini di kedudukan kedua dan meraih tiket untuk layak beraksi di saingan Piala AFC 2022.

Kemenangan semalam telah melonjak Penang ke kedudukan kedua liga – kedudukan terbaik mereka selepas 21 minggu, dengan 40 mata, satu mata di depan musuh zon utara mereka, Kedah yang kurang satu perlawanan. Terengganu pula terpaksa turun ke kedudukan ke-4 dengan 37 mata selepas 21 perlawanan.

Selain itu, dengan 40 mata terkumpul ketika ini, Harimau Kumbang berjay melakar mata terbaik buat pasukan yang baru dinaikkan pangkat sejak musim 2010 – Kedah melakukannya pada 2016 dengan 37 mata.

Begitupun, Tomas Trucha masih belum cukup berpuas hati melihatkan aksi permainan anak buahnya yang menurutnya kelihatan seolah-olah terburu-buru mahukan kemenangan sehingga kehilangan arah.

“Ia bercampur-campur [perasaan]. Saya tetap merasakan yang kami mampu bermain lebih baik. Saya rasa tekanan berada di minda para pemain terutamanya di babak pertama, anda dapat melihat kenginan mereka melebihi segalanya. Apabila jadi seperti itu, anda tidak akan beraksi dengan baik,” tegas Tomas Trucha.

“Saya telah katakan kepada para pemain, aksi malam ini seperti semifinal dan kami melangkah ke final, dan anda tahu bagaimana suasana di perlawanan akhir itu,” ulas Tomas Trucha aksi berdepan Terengganu.

“Ia terbuka buat kedua-dua pasukan dan kedua-dua pasukan memiliki peluang. Bagi saya, di atas kertas, Terengganu adalah satu pasukan yang hebat. Ia satu perlawanan yang sukar buat kami,” tambahnya lagi.

Ia cabaran tiga penjuru antara tiga pasukan dengan Penang FC dan Terengganu akan membuat perhitungan antara mereka, sementara Kedah yang berbaki dua aksi memiliki lebih potensi untuk berada di atas.

Kedah akan bertemu pasukan tersingkir ke Liga Premier, UiTM FC pada Rabu untuk aksi tertunda terakhir mereka dan seterusnya akan menutup tirai liga menentang Melaka United pada 12 September depan.

Keputusan perlawanan terakhir akan menentukan siapa yang akan berada di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pasukan kedua terbaik liga musim ini selain meraih tiket ke saingan Piala AFC musim depan.

Dalam aksi mendebarkan kedua-dua pasukan malam tadi, Penang FC terlebih dahulu ketinggalan selepas Kenny Athiu meledak jaringan pembukaan pada minit ke-61, sebelum perubahan pemain oleh Tomas Trucha membuahkan hasil apabila kapten, Endrick dos Santos menjaringkan jaringan penyamaan di minit ke-68.

Pemain gantian, Danial Ashraf yang dimasukkan untuk menggantikan Khairu Azrin akhirnya berjaya memberikan jaringan kemenangan buat pasukan pelawat di minit ke-72 sebaik sahaja beliau dimasukkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN