Tolak Tawaran Kontrak Baharu, Langkah Pogba Menuju Ke PSG Semakin Hampir?

Paul Pogba Manchester United PSG

Manchester United nampaknya terpaksa memilih jalan terakhir dalam rundingan bersama Paul Pogba, iaitu menjual pemain tersebut selepas tawaran kontrak baharu bernilai hampir £50 juta (RM290 juta) ditolak oleh pemain Perancis itu.

Masa depan Pogba di Old Trafford kerap kali menjadi perbincangan hangat sejak kembali menyertai pasukan berkenaan selaku rekod pembelian kelab pada 2016.

Antara kelab yang kerap dikaitkan dengan pemain tengah itu adalah Real Madrid. Namun kemungkinan itu sudah boleh dilupakan selepas Zinedine Zidane meninggalkan kelab La Liga itu.

Dengan kontrak semasanya kini hanya berbaki setahun sahaja lagi, sudah tentu United tidak mahu Pogba meninggalkan kelab secara percuma pada penghujung musim ini dan berusaha untuk mengikatnya dengan kontrak baharu.

Bagaimanapun menurut The Mirror, pemain berusia 28 tahun itu telah pun menolak kontrak lumayan yang menawarkan gaji £350,000 seminggu.

Justeru itu, United telah meletakkan tag harga bernilai £50 juta buat mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan Pogba. Paris Saint-Germain (PSG) dikatakan bersedia untuk membuat bidaan sekitar £45 juta yang dianggap lebih bersesuaian dan berpatutan dengan baki kontraknya.

Walaupun nilai itu jauh lebih rendah daripada £89 juta yang dibelanjakan The Red Devils untuk mendapatkannya dari Juventus lima tahun lalu, namun ianya adalah pilihan yang lebih baik daripada langsung tidak mendapat apa-apa dalam tempoh setahun lagi.

Bagi pemenang Piala Dunia 2018 itu pula, penghijrahan ke PSG tentunya merupakan satu langkah positif bagi mendapatkan lebih banyak kejuaraan dalam kariernya.

Sejak menyertai United, beliau tidak pernah merasai nikmat kejuaraan liga dan Liga Juara-Juara Eopah yang sangat diimpikannya selama ini.

Kenyataan tersebut didedahkan oleh ejen Pogba, Mino Raiola pada bulan Mei lalu yang kemudian mengakui pemain tersebut tidak gembira di United dan mahu keluar mencari pasukan baharu.

“Dia [Pogba] hanya berminat dengan satu perkara, memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan juga kejuaraan liga. Kita akan lihat sama ada ianya berkemungkinan, sama ada di United atau di kelab lain,” ujar Raiola.

PSG pula kini sedang giat menambah kekuatan pasukan di setiap posisi dengan musim baharu ini mereka telah pun membawa masuk Achraf Hakimi, Gianluigi Donnarumma, Sergio Ramos dan Giorginio Wijnaldum.

Ia tentunya menarik minat Paul Pogba untuk menyertai projek yang sedang dibangungkan oleh Mauricio Pochettino itu dalam memburu kejuaraan Eropah pertama dalam sejarah kelab tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Paul Pogba:

Selepas Liridon, Giliran Pogba Pula Selfie Bersama Ronaldinho

Kenali Adik Beradik Jaguh Badminton Dunia Sebelum Jadi Doktor Selamatkan Nyawa Christian Eriksen

Bagaimana Pendekatan ‘Berhikmah’ Solskjaer Di United Berjaya Bangkitkan Semula Pogba

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN