TMJ Ucap Tahniah Dan Harap FAM Benarkan Pahang Bermain Di Kejohanan AFC

Kejuaraan Piala FA 2018 oleh Pahang buat masa ini tidak melayakkan skuad Pahang daripada bertanding Piala AFC.

Ini selepas skuad Tok Gajah digantung 2 tahun (2019-2020) oleh FAM daripada menyertai pertandingan kelab serantau AFC termasuk ACL mahupun Piala AFC walaupun mereka secara merit mendapat tempat tersebut.

Ini selepas Pahang melanggar Artikel 14 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana ingkar arahan badan induk itu selepas enggan atau gagal mendaftarkan pasukan ke pertandingan Piala AFC musim depan.

FAM pada pra-musim 2018 telah memberikan slot Piala AFC yang sepatutnya milik Kedah kepada Pahang. Ini kerana Kedah tidak ada lesen Piala AFC dan Pahang pula ada.

Namun Pahang menolak slot itu atas alasan mahu menumpukan perhatian kepada pertandingan domestik sahaja.

Mengikut peruntukkan Artikel 14 Status FAM – obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa.

Semalam dalam status beliau melalui lama JST, bekas Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor mengucapkan tahniah kepada Pahang di atas kejayaan mereka menumpaskan Selangor di final.

Baginda kemudian meminta agar FAM mengkaji semula hukuman ke atas pasukan Pahang dan membenarkan skuad itu beraksi dalam pusingan kelayakan ACL. Baginda berkata:

“Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang atas kejayaan menjuarai Piala FA 2018 semalam menewaskan Selangor.”

“Lazimnya dengan kejayaan tersebut, pasukan Pahang layak untuk mewakili negara dalam peringkat Asia iaitu Pusingan Kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada tahun hadapan.”

“Oleh itu demi semangat kesukanan, saya berharap kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengkaji semula hukuman yang telah dikenakan terhadap pasukan Pahang sebelum ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN