TMJ Samakan Selangor dengan Arsenal, ‘Habuk Pun Takda’

“Habuk pun takda.” Itulah persamaan di antara Selangor FC dan kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal FC menurut pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sutan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Baginda berpendapat sedemikian kerana persamaan kedua-dua pasukan gagal memenangi sebarang kejuaraan sejak sekian lama.

TMJ Akui Sudah Letih Urus JDT

Kenyataan tersebut tiba ketika TMJ sedang menjawab soalan salah seorang pengikut di laman Instagram, yang secara kebetulan adalah seorang penyokong The Gunners.

“Kata-kata untuk penyokong Arsenal seperti saya?” Tanya pengikut tersebut.

“Sabar, be patient. Kalau penyokong Selangor boleh kena janji palsu macam-macam dengan pihak pengurusan yang kononnya top class selama 5 tahun tapi habuk pun takda, takkan penyokong Arsenal tak boleh tunggu,” jawab TMJ.

Untuk rekod, kali terakhir Arsenal bergelar juara Liga Perdana Inggeris ialah pada musim 2003/04 ketika masih lagi dikendallikan jurulatih legenda dari Perancis, Arsene Wenger.

Bagaimanapun Arsenal menyerlah di dalam pertandingan Piala FA dengan rekod kejuaraan 14 kali. Kali terakhir The Gunners menjuarai trofi tertua di dunia itu ialah pada musim 2019/20.

Kali terakhir Selangor bergelar juara liga pula ialah pada 2010 – iaitu tiga tahun sebelum kewujudan JDT.

Trofi terakhir yang dimenangi oleh pasukan dengan nama jolokan Red Giants itu pula ialah Piala Malaysia – yang merupakan pertandingan tertua di Asia – ialah pada musim 2015.

Dalam sesi ‘Soal & Jawab’ yang sama, TMJ turut menyatakan kekaguman dengan ramai pemain muda yang beraksi bersama Selangor. Bagaimanapun TMJ turut melakukan pendedahan yang agak mengejutkan melalui jawapan yang Baginda beri.

“Ok boleh tahan. Tapi dah ramai contact saya ni. Termasuk player first 11,” ujar Baginda.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pemain yang dimaksudkan TMJ itu adalah dari kalangan pemain skuad utama atau pun skuad Selangor II.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN