TMJ Main Peranan Utama Yakinkan Dion Cools Sarung Jersi Harimau Malaya

TMJ Dion Cools

Rupa-rupanya keputusan Dion Cools untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa telah dipengaruhi oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Perkara tersebut didedahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang berterima kasih kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut yang memainkan peranan cukup penting dalam meyakinkan pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium itu.

Dion Cools yang merupakan pemain kelab Denmark, FC Midtjylands telah diumumkan sebagai pemain ke-26 yang menyertai kem pasukan kebangsaan di Dubai pada hari ini.

Beliau akan menyertai pasukan negara untuk baki tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula pada 3 Jun ini menentang UAE, diikuti Vietnam pada 7 Jun dan terakhirnya, berdepan Thailand pada 15 Jun.

Pemain berusia 24 tahun kelahiran Sarawak itu amat sinonim dengan posisi bek kanan, namun mampu beraksi dengan baik di posisi bek kiri selain di posisi sayap kanan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Dion Cools dan skuad Harimau Malaya:

Wan Kuzain Beri Emoji Misteri Selepas FAM Umum Dion Cools

7 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Dion Cools Setelah Sah Bergelar Pemain Harimau Malaya

[VIDEO]: Tan Cheng Hoe Dikejutkan Dengan Pergaduhan Safawi-Sumareh

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply