TMJ: “Nilai Komersil JDT Merosot, Penaja Tarik Diri, Kapasiti Stadium Dikaji”

JDT menggariskan kerisauan mereka dengan purata kehadiran penyokong ke stadium. Ia ternyata memberikan impak kepada nilai komersil dan pandangan penaja ke atas JDT.

Sebelum ini JDT sudah membuat kenyataan yang mereka dalam perancangan untuk mengurankan kapasiti stadium baharu daripada 40,000 tempat duduk kepada 20,000 tempat duduk sahaja.

Ini kerana 2 penaja mereka sudah menarik diri daripada menjadi rakan JDT kerana isu kehadiran penyokong ke stadium.

Dalam mana-mana pernigaan bola sepak, nilai komersil sesebuah kelab itu digambarkan dengan kuasa tajaan dan kemampuan mereka menarik penaja.

Tunku Ismail (TMJ) dalam kenyataan terbaru baginda menjelaskan yang JDT hilang nilai komersil meskipun menjadi pasukan yang menang banyak piala sejak 2014. Baginda berkata:

“Kali terakhir Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi satu piala adalah pada tahun 2014. Selepas tahun tersebut, JDT sentiasa memenangi dua atau tiga piala pada setiap tahun.”

“Secara keseluruhannya JDT menjuarai 11 piala dalam tempoh 5 tahun.”

“Pasukan Akademi kami juga sudah mula menunjukkan taring apabila memenangi 3 kejuaraan iaitu di Kejohanan Bolasepak MSSM serta Kejohanan JSSL International Soccer 7’s di Singapura pada tahun ini.”

“Tetapi kelab ini terus merudum dari segi harga komersil kerana jumlah kehadiran penyokong ke stadium yang semakin lama semakin berkurangan. Ini menyebabkan beberapa syarikat penaja telah menarik diri.”

Kesannya, projek stadium mereka mungkin akan berhadapan dengan masalah untuk disiapkan pada tarikh yang telah dirancang.

Hal ini berlaku jika rancangan untuk mengurangkan kapasiti stadium terpaksa dilakukan mengejut.

“Perkara ini juga menyebabkan ahli lembaga pengarah kelab membuat keputusan bahawa stadium baharu “kemungkinan” tidak dapat digunakan pada tahun hadapan.”

“Ini kerana ada perancangan mengurangkan kapasiti penyokong daripada 40 ribu penyokong kepada 20 ribu.”

“Ini adalah kerana ia lebih baik dari segi komersil untuk mempunyai stadium yang penuh berbanding stadium yang hanya separuh penuh.”

“Pasukan-pasukan lain inginkan apa yang anda semua ada sekarang ini tetapi amat menyedihkan oleh kerana mentaliti empayar kuat yang di bina semakin hari makin uzur. Bangkitlah Johorku.”

Namun begitu TMJ berikrar yang JDT akan terus berdiri.

“Yang terakhir sekali, kepada yang ingin melihat JDT pupus, ia ibarat ingin membekukan matahari. Selagi saya ada di sini, ia adalah mustahil. Apa-apa pun saya ingin ucapkan terima kasih.”

Kenyataan itu mengundang kritikan daripada beberapa pihak yang menyifatkan JDT menyalahkan penyokong di sebalik masalah penaja menarik diri. TMJ menjawab:

“Ada yang mengatakan bahawa pihak pengurusan hendak menyalahkan penyokong disebabkan mereka tidak datang ke stadium.”

“Hakikat sebenar adalah pihak pengurusan bukan hendak menyalahkan penyokong tetapi hanya ingin memaklumkan kepada penyokong kenyataan bahawa dua penaja telah menarik diri.”

“Mereka memberitahu pihak pengurusan sebab mereka menarik diri adalah kerana penyokong sudah semakin kurang ke stadium dan mereka merasakan kemampuan jenama untuk mendapat liputan semakin berkurangan.”

“Oleh itu, tidak sewajarnya mereka memberi duit yang banyak dan mereka tidak mahu meneruskan penajaan mereka.”

“Itu adalah kenyataan dan fakta yang kami kongsikan kepada penyokong, bukan menyalahkan penyokong. Kami hanya memaklumkan sahaja kepada penyokong tetapi takkan itu pun penyokong tidak boleh terima.”

“Jikalau anda hendak katakan ini adalah salah kelab, kelab tidak pernah menaikkan harga tiket malah tiket masih lagi dengan harga RM10.00.”

“Kelab juga setiap tahun masih memenangi piala, fasiliti semakin bagus, stadium baharu akan dibina. Shuttle bas secara percuma di daerah dan di bandar ditanggung oleh kelab.”

“Apa lagi yang hendak anda salahkan pihak pengurusan? Biar betul anda ni semua?”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN