TMJ Namakan Calon Penggantinya Jika Tinggalkan JDT

TMJ JDT

Ura-ura mengenai Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mahu meninggalkan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang hangat diperkatakan selepas beliau sendiri mengakui sudah ‘letih’ mengurus pasukan miliknya itu.

Pengakuan itu didedahkan ketika beliau menjawab soalan-soalan peminat dan penyokong di laman Instagram Story.

Sejak mengambil alih pasukan pada 2013, peminat bola sepak bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia dapat menyaksikan perubahan demi perubahan yang berjaya dilakukan sehingga menjadi kuasa besar bola sepak di Malaysia dan Asia Tenggara.

Namun dalam sesi soal jawab tersebut, terdapat satu perkara yang menarik perhatian iaitu mengenai siapakah yang akan dipilih untuk mengemudi JDT sekiranya  baginda ‘angkat kaki’.

Lalu TMJ meletakkan wajah seorang individu dengan logo Johor Corporation (JCorp) tanpa menamakannya.

Syed Mohamed JCorp

Setelah diselidiki, individu tersebut adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim.

Beliau dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa pada 10 Januari 2020 lalu menggantikan Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Syed Mohamed mempunyai pengalaman dan kepakaran selama 34 tahun dalam bidang perbankan, korporat, pembangunan hartanah dan strategi perniagaan.

Selain mengetuai badan konglomerat kerajaan negeri Johor itu, beliau juga merupakan Pengerusi Perbadanan Pelaburan Felda, Presiden dan Pengerah Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd, Presiden dan CEO Iskandar Investment Bhd serta Pengerusi Encord Bhd.

Syed Mohamed juga merupakan Pengerusi Prasarana Integrated Development Sdn Bhd dan juga Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Ibrahim Johor dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Berdasarkan latar belakang yang cukup hebat dimiliki oleh tokoh koroprat ini, ia jelas menunjukan TMJ mahu legasi yang dicipta olehnya di JDT dapat diteruskan oleh individu yang tepat.

Langkah memilih pengganti yang berkemampuan amat penting supaya tidak berlaku perkara yang disebutkan oleh TMJ seperti pemain dan kakitangan meninggalkan pasukan serta penaja menarik diri.

Kira-kira dua tahun lalu, beliau telah meletakkan sasaran nilai JDT meliputi kesemua aset seperti stadium, hartanah dan fasiliti lain akan mencecah kepada RM1 bilion.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply