TMJ Dedahkan Sebab Jorge Pereyra Diaz Disingkirkan

Jorge Pereyra Diaz adalah pemain yang telah melengkapkan kegemilangan projek JDT. Beliau adalah pemain penting skuad Mario Gomez musim 2016.

Beliau adalah penjaring terbanyak dalam kancah Liga Super. Pemergian Jorge Pereyra Diaz banyak menimbulkan persoalan di kalangan peminat bola sepak tempatan.

TMJ ditanya oleh audien tentang isu yang membabitkan Jorge Pereyra Diaz. Baginda akhirnya membuka mulut tentang isu ini. Sebelum ini terlalu banyak spekulasi ke atas isu ini.

Berikut adalah kenyataan TMJ:

Aimar dan Diaz paling sukar dikawal

“Semenjak saya mengambil alih bolasepak, 2 orang yang paling susah untuk dikawal ialah Pablo Aimar dan Jorge Pereyra Diaz.”

“Dia boleh datang ke latihan pada hari ni, bersalaman dengan kita dan esok dia tak nak tengok muka kita. Bad mood.”

“Saya tidak kisah, walaupun anda jaringkan 200 gol ke, 500 gol ke, apabila anda tidak ada rasa hormat kepada kelab, saya takkan teragak-agak untuk singkirkan anda.”

TMJ turut menyentuh sikap kurang profesional Diaz dalam isu lambat melapor diri ke pusat latihan pasukan selepas bercuti.

Bintang dari Argentina itu juga diberikan kuota tiket yang ditanggung oleh kelab untuk beliau pergi dan balik dari Malaysia ke Argentina.

Yang membuatkan TMJ bengang adalah Diaz pernah enggan membayar tiket yang bukan di dalam kuota tanggungan kelab. Kuota yang ditetapkan telah habis. Beliau juga turut balik lambat ke Johor.

Sikap ini yang membuatkan TMJ tidak menggemari perangai diva Diaz. Sedangkan pemain itu dibayar gaji yang sangat besar. Tambah TMJ lagi:

“Gaji beliau pula tinggi hampir USD90 ribu (sebulan), ia bukan gaji kecil. Tetapi kalau asyik nak naik first class sahaja, memangla bankrap.”

Melanggar etika penggunaan media sosial

TMJ juga kecewa dengan sikap Diaz yang melepaskan amarah beliau di media sosial. Ia memang satu kesalahan yang tidak boleh diterima mana-mana kelab profesional di dunia.

Ini antara petikan kenyataan meroyan Jorge Pereyra Diaz yang ditujukan kepada JDT di facebook beliau sebelum ini:

TMJ memberikan respon:

“Datang kepala tak betul dia pergi tulis dalam internet. Itu sudah satu kesalahan. Bila perkara ini terjadi, maka kontrak dia tamat.”

“Lepas jadi macam ni, dia pun nak minta bayaran 3 bulan gaji. Mana boleh, kau dah tak kerja sini lagi.”

“Jadi sekarang, kami bersetuju untuk membayar dia sebulan gaji dan dia boleh pergi ke mana-mana kelab dia suka dan kita dapat pula duit kita semula.”

Petikan kenyataan TMJ ini adalah ketika sidang media bersama penyokong bola sepak yang beliau anjurkan pada 18 Januari 2017.

Kami mahu memberikan kredit kepada Arena Harimau Malaysia dan Johor Football Arena yang menjadi sumber rujukan untuk kenyataan TMJ tersebut. Sila like dan follow page tersebut untuk lebih info bola sepak.

Jadi kesimpulan kami adalah, anda dibayar dengan harga profesional, bertindaklah seperti seorang profesional. Apa yang dilakukan pihak JDT adalah untuk mengingatkan Siapa Bos? dan tidak ada pemain lebih besar dari kelab.

Baca juga: Sah! Benjamin Mora Pengendali Baru JDT, Ini Adalah Aspirasi Dan Cabaran Beliau

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN