TMJ, JDT Jadi Sumber Inspirasi Buat Kelab Indonesia Ini

Kerjasama Semuanya BOLA

JDT

Presiden Borneo FC, Nabil Husein Said Amin tanpa berselindung mengakui pasukan gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan sumber inspirasi buat kelab saingan Liga 1 Indonesia itu bagi menjelmakan kejayaan pada masa akan datang.

Melihatkan kepada pencapaian hebat diraih JDT selaku juara tujuh musim berturut-turut kempen Liga Super dan pernah mengecapi nikmat selaku juara Piala AFC 2015 serta kini beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL), Nabil beranggapan ianya harus menjadi model ikutan buat pasukannya.

Selain itu, kejayaan JDT dalam mewujudkan infrastruktur berkelas dunia dari aspek pusat latihan hingga ke stadium juga begitu mencuri tumpuan Nabil yang dikatakan sering bertukar buah fikiran bersama pemilik kelab, YAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Sehubungan dengan itu, Nabil secara peribadi berpendapat mahu mencontohi visi besar yang ditunjangi oleh TMJ itu dan menurut sumber laman sesawang rasmi Borneo FC, beliau sudah merangka perancangan khas untuk melawat Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

”Kami sepakat sekiranya JDT menjadi sumber inspirasi buat Borneo FC dalam membangunkan sebuah pasukan yang berjaya.”

”Tidak ada perjalanan yang lancar [dalam menguruskan kelab menjadi seperti JDT] tetapi kita perlu yakin untuk mampu melakukan yang terbaik,” ujar Nabil menerusi kenyataannya di borneofc.id.

”Kita semua akan bekerja keras untuk mencapai [sasaran] titik itu, tidak ada yang tidak mungkin,”

Nabil Husein Said Amin

”Kita perlu lihat apa yang telah beliau [Tunku Ismail] lakukan. Sebab itu Borneo FC dalam perjalanan menuju kejayaan seperti JDT. Salam hormat dan sihat Pak,” muatnaik dilakukan Nabil yang ditujukan kepada Tunku Ismail menerusi ‘Instagram Story’ peribadinya.

Borneo FC yang berpangkalan di Samarinda, Kalimantan Timur itu dibimbing oleh bekas pengendali JDT, Mario Gomez selepas beliau kembali dilantik pada 21 Ogos lalu.

Kredit featured image:  Borneo Football Club

Baca artikel lain dari kami mengenai Indonesia:

Kalau Boleh Ke Bulan, PSSI Memang Mahu Bawa Skuad Indonesia Berlatih Di Sana

Shin Tae-Yong Tegas Kawal Pemakanan Pemain Skuad B-19 Indonesia

Bojan Hodak: Pemain Malaysia Boleh Menyinar Di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram