TMJ Beri Sebab Kenapa Benjamin Mora Dapat Kontrak Baharu

Benjamin Mora

Selain daripada mengumumkan kehadiran dua pemain baharu bagi menghadapi musim 2021, sidang media khas oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada petang semalam turut berkongsi beberapa perkara menarik melibatkan kelab gergasi bola sepak tanah air itu.

Susulan pemergian Luciano Figueroa yang meninggalkan JDT untuk kembali ke Argentina atas komitmen keluarga, TMJ menegaskan bahawa ketua jurulatih, Benjamin Mora akan turut memegang tanggungjawab selaku pengurus pasukan.

Sehubungan dengan itu, kontrak Mora yang merupakan kelahiran Mexico telah dilanjutkan bagi tempoh dua hingga tiga tahun.

”Ketua jurulatih, Benjamin Mora akan mengambil tugas juga sebagai pengurus dan akan ada seorang lagi pembantu jurulatih yang akan datang untuk membantu Benjamin Mora.”

”Kami dah ada buat masa ini Leo [Leonardo Medina Arellano] yang merupakan pembantu jurulatih, tetapi kami akan ada seorang lagi pembantu jurulatih di mana akan ada ‘department’ yang baru untuk memberikan tumpuan lebih kecergasan dan nutrisi pemain yang akan bekerjasama dengan ketua jurulatih dan jurulatih kecergasan.”

”Untuk memberikan lebih fokus kepada setiap individu bukan sahaja sebagai satu kumpulan tetapi kemampuan fizikal bagi setiap pemain. Itu adalah rancangan kita.”

”Saya rasa ‘coach’ Benjamin Mora telah berjaya memainkan falsafah yang saya inginkan begitu lama dan kita boleh tengok daripada keputusan, saya tak payah cakap apa-apa, boleh tengok daripada ‘result’ sendiri.”

”Ini adalah pencapaian yang amat bagus dan juga [dia] menjaga keharmonian dalam bilik persalinan antara pemain-pemain. Dalam masa yang sama, memberi peluang kepada pemain-pemain muda itu yang amat mustahak sekali.”

”Dia berani ‘rotate’ pemain-pemain muda, jadi saya suka dengan cara dia bekerja. Saya lanjutkan kontrak dia buat masa ini dalam masa dua, tiga tahun,” ujar DYAM Tunku Ismail lagi.

Bagi menangani masalah dua pertandingan yang terpaksa dihadapi, JDT bakal menyediakan skuad seimbang dalam menghadapi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Khalifa International Stadium, Qatar dan Piala Malaysia.

Manakala, Hariss Harun yang sebelum ini diberitakan melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Kesenian dengan Kepujian dalam Perniagaan dan Pemasaran di Universiti Coventry masih lagi bergelar pemain dan kapten JDT.

Dalam pada itu, skuad JDT akan menghadapi saingan Piala Malaysia 2020 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin susulan penutupan padang Stadium Sultan Ibrahim atas tujuan penaiktarafan yang dijangka siap pada Januari depan. Difahamkan juga terdapat empat syarikat antarabangsa telah menunjukkan minat bagi menjadi penjaga kelab dan juga stadium buat JDT.

Bagi aspek komersil pula, DYAM Tunku Ismail mendedahkan bahawa JDT semakin menghampiri nilai RM 1 Billion apabila pada ketika ini sudah mencapai 75% ke arah tahap tersebut.

Antara intipati lain yang turut diumumkan ialah Hab Perubatan JDT akan dilancarkan pada penghujung tahun manakala Gimnasium akan dibina dan dibuka kepada umum.

Kredit featured image: JOHOR Southern Tigers 

Baca artikel lain dari kami mengenai JDT:

Camilo da Silva, Daniel Amier Bakal Perkuatkan JDT Musim Hadapan

Irfan Bakti Senaraikan 11 Pemain Yang Ada Kualiti Untuk Sekat JDT, Apa Respon TMJ?

Luciano Figueroa Ucap Selamat Tinggal Buat JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN