TMJ Anggap Matthew Davies Pelaburan Terbaik Buat JDT

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Inrahim, Pemangku Raja (TMJ) menganggap pembelian pemain pertahanan negara, Matthew Davies sebagai pelaburan paling berbaloi kelab tersebut.

Kenyataan tersebut adalah berasaskan beberapa faktor. Antaranya adlah usia pemain itu yang masih muda, kualiti pemain tersebut yang konsisten sejak beberapa musim lalu, dan juga sikap profesional yang dimiliki oleh Davies.

“Kami berbesar hati apabila mendapat Matthew Davies yang memiliki sikap profesional, dan tahu apa yang diinginkan oleh kelab ini. Pastinya kehadirannya akan memantapkan lagi pasukan terutama di benteng,” kata Tunku Ismail pada hari ini.

Ditanya wartawan yang hadir dalam sidang media pengenalan pemain berussia 25 tahun itu, TMJ bagaimanapun enggan mendedahkan butiran sebenar perpindahan.

Welcome Matthew DaviesHidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, 16 February 2020

“Ia antara dua pemilik kelab dan itu antara saya dan Tengku Muda Pahang,” jawab Tunku Ismail.

TMJ turut mendedahkan pemain bek kanan itu sudah mulai berada di radar JDT sejak tiga musim yang lalu. Ketibaan pemain kacukan Malaysia-Australia itu dilihat sebagai pengganti jangka masa panjang kepada S. Kunanlan yang kini berusia 34 tahun.

Kecederaan jangka masa panjang seorang lagi pemain pertahanan di posisi sama, Azrif Nasruhaq turut menjadi antara faktor mengapa JDT bertindak pantas menyambar khidmat Davies sebelum bermulanya sepak mula Liga Malaysia musim ini.

Mengenai perancangan musim depan, Tunku Ismail turur mengesahkan akan membawa masuk dua atau tiga pemain baharu bagi membawa cabaran skuad Harimau Selatan.

“Itu perancangan kami musim depan dan kebanyakan pemain tempatan dan mungkin seorang pemain import dan nanti kita akan umumkan jika segala urusan dinoktahkan,” katanya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram