TMJ Akui Ulises Morais Jurulatih Yang Paling Disenanginya Di JDT

Morais

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mengakui bahawa bekas ketua jurulatih, Ulises Morais merupakan pengendali yang paling disenangi baginda.

Pengendali berusia 58 tahun dari Portugal itu telah berjaya menghadiahkan kejayaan buat  JDT selepas menjuarai Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu.

Namun, jodoh Morais bersama skuad himpunan bintang ini tidak bertahan lama selepas beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan JDT pada bulan Februari.

Beliau dilaporkan memohon untuk kembali ke Portugal kerana isteri tercinta terpaksa menjalani pembedahan.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi pasukan, Johor Southern Tigers, TMJ menyifatkan Morais sebagai seorang jurulatih yang terbaik dan beliau turut pandai menambat hati para pemain.

”Saya rasa dalam banyak-banyak jurulatih yang saya pernah bekerjasama sejak penjenamaan semula pasukan JDT, beliau adalah jurulatih yang paling saya senang bekerjasama dan juga jurulatih yang paling bagus.”

”Bukan sahaja dari segi taktikal dan permainan tetapi dari segi cara beliau bersemuka dan menambat hati pemain secara individu.”

Dalam pada itu, TMJ juga yakin bahawa Ulises Morais akan kembali ke Larkin untuk membimbing pasukan.

”Saya banyak belajar daripada beliau dan saya yakin satu hari nanti beliau akan kembali,” jelas TMJ.

Selepas mengalami penjenamaan semula pada tahun 2013, JDT telah menyenaraikan tujuh pengendali import dalam usaha menjadikan JDT sebagai pasukan yang disegani.

Antaranya ialah Fandi Ahmad, Cesar Ferrando, Bojan Hodak, Mario Gomez, Benjamin Mora, Ulises Morais dan Raul Longhi (sementara).

Antara nama-nama yang dinyatakan, Bojan Hodak, Mario Gomez dan Ulises Morais berjaya memberikan sumbangan berkesan dengan membantu JDT meraih gelaran juara.

Yang pasti akan sentiasa segar diingatan adalah kejayaan Mario Gomez merencana kejayaan kelab Harimau Selatan itu menjuarai Piala AFC 2015.

Adakah dengan kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh TMJ itu menyalakan harapan buat para penyokong setia JDT bagi melihat Ulises Morais kembali membimbing pasukan tersebut.

Foto: Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN