TMJ Akui Sudah Letih Urus JDT

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengakui dirinya sudah penat menguruskan kelab bola sepak itu.

TMJ mulai berkecimpung di dalam arena bola sepak negara dan mengambil alih JDT sejak lapan tahun yang lalu. Seja melakukannya pada 2013, perubahan demi perubahan berjaya dilakukan terhadap bola sepak Johor oleh Baginda sehingga JDT kini menjadi kuasa terbesar bola sepak di dalam negara.

Bukan sahaja menjadi sebuah kelab bola sepak yang mendominasi pertandingan domestik, JDT kini turut dilihat sebagai salah sebuah kelab terbesar di rantau Asia Tenggara, dan menjadi antara kelab tumpuan setiap kali bertanding di pertandingan AFC Champions League – berdasarkan kemampuan yang mampu mengejutkan jaguh Asia.

TMJ berkata demikian ketika menjawab soalan-soalan peminat dan penyokong di laman Instagram Story dalam sesi Q&A.

Menjawab salah satu soalan yang diajukan mengenai masa depan Baginda bersama JDT, TMJ berkata: “Saya dah 8 tahun mengurus JDT FC. Secara jujur saya letih sikit.

“Tetapi jikalau saya angkat kaki, segala-galanya akan musnah. Players akan pergi, sponsors cabut, dan kakitangan staff pun pergi. So saya 50/50.

“Tetapi dengan secara jujur, saya letih sikit. Kerana “saya mengurus bola sepak oleh kerana minat. Tetapi saya tidak perlukan bola sepak.”

“Dan dalam hidup apabila kita tidak rasa gembira atau happy buat sesuatu, kita harus cari benda lain. Saya pun banyak tanggungjawab lain. So buat masa ini 50/50.”

Mengenai masa depan JDT yang berpotensi beraksi di luar negara TMJ bagaimanapun menegaskan tugas baginda hanya kepada pentingang kelab. Masa depan pemain untuk berhijrah atau tidak, terpulang kepada keputusan pemain sendiri.

Baginda bagaimanapun gembira dengan prestasi penyerang import, Bergson da Silva yang kini merupakan penjaring terbanyak Liga Super dengan 23 gol.

“Very profesional, very funny. Joker. Good vibe and good energy,” ulas baginda mengenai pemain dari Brazil itu.

Menjawab soalan lain TMJ juga berkata setiap kelab di Liga Malaysia sebenarnya mempunyai potensi besar [untuk dibangunkan] jika diuruskan dengan cara yang betul.

TMJ juga berpendapat pembatalan pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia pada musim ini sebagai sesuatu yang tidak bagus.

“Tidak bagus. Tetapi saya dan beberapa pasukan akan cari alternative yang lain supaya pemain kami boleh beraks competitively,” ujar baginda.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply