Tite: “Sukar Untuk Pilih Oscar Kerana Dia Sudah Hilang Sentuhan Sejak Bermain Di China”

Nama Oscar antara pemain yang dianggap berhak untuk berada dalam skuad Brazil ke Rusia untuk kempen Piala Dunia mereka.

Kecederaan Neymar yang agak merisaukan kem Brazil menguatkan lagi harapan segelintir penyokong yang merasakan Oscar berhak dipanggil.

Namun begitu, pengendali Brazil, Tite ada pandangan beliau tersendiri. Beliau menolak dakwaan pihak pemantau prestasi mereka tidak mengendahkan perkembangan Oscar di China.

Sebaliknya, mereka sebenarnya mengikuti secara rapat perkembangan bekas perancang tengah Chelsea itu. Menurut Tite, dalam data mereka ada beberapa perkara yang Oscar semakin hilang dalam permainan beliau.

“Oscar ke Piala Dunia? Ianya perkara yang sukar. Ini kerana persaingan dan kualiti pemain lain yang kami ada.”

Seterusnya, Tite kecewa dengan pemain tersebut yang memilih untuk ke China dan meninggalkan bola sepak di Eropah. Oscar satu ketika dahulu pernah menjadi rebutan kelab elit Eropah dan memilih untuk ke Chelsea.

Selepas itu beliau meminta untuk dilepaskan ke China. Ianya lebih kepada motivasi kewangan dengan tawaran gaji yang sangat tinggi.

Oscar menerima sekitar £400,000 seminggu di Shanghai SIPG. Masalah utama adalah, kualiti bola sepak di China tidak membantu perkembangan bakat beliau yang sedang pesat ketika itu.

Banyak pekara dalam graf kemajuan beliau ‘tersekat’ pada satu takuk dan kemudian ada yang merosot. Tite tidak rasa, apa yang ada di China akan membantu beliau. Namun masih berharap pemain itu dapat meyakinkan mereka.

“Jujur saya katakan, saya sangat kecewa ketika beliau memilih untuk ke China. Dia semakin hilang sentuhan istimewa (brilliance) beliau.”

“Saya masih menanam harapan yang tinggi ke atas beliau. Dan saya sudah memanggil beliau 2 kali ke kem kami. Malangnya, beliau gagal meyakinkan kami ketika di latihan mahupun dalam perlawanan sebenar.”

“Lagipun, pada hari ini beliau masih berada di China.”

Apa yang kita dapat pelajari adalah, pemilihan pemain yang ketat oleh Tite dan pihak kejurulatihan Brazil menunjukkan yang mereka sangat mementingkan kualiti dan memantau perkembangan pemain mereka.

Brazil memiliki kualiti pemain yang sangat baik dalam skala kuantiti yang besar.

Pemain seperti Oscar sudah pastinya sedar akan risiko hilang tempat dalam skuad Brazil ketika mereka membuat keputusan itu dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN