Tinjauan Diari Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Bagi Tahun 2019

Diari 2019

Kita sudah memulakan hari pertama bagi tahun baru 2019. Bola sepak sebagai sukan paling popular di dunia mempunyai pelbagai pertandingan tumpuan pada tahun ini.

Kami membawakan anda tinjauan kejohanan antarabangsa tumpuan peminat bola sepak dunia yang diadakan pada 2019.

Piala Asia 2019

24 pasukan sudah pun membuat persiapan bagi menghadapi Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu. Kejohanan ini dijangka memulakan aksi pada 5 Januari sehingga 1 Februari ini.

Emiriah Arab Bersatu atau lebih dikenali sebagai UAE menganjurkan kejohanan ini buat kali kedua selepas 1996. Piala Asia 2019 merupakan kejohanan pertama yang menampilkan 24 pasukan.

Selain itu, reka bentuk trofi baru Piala Asia akan digunapakai mulai edisi ini bagi menggantikan yang lama.

Mampukah Australia mengekalkan kejayaan menjulang trofi ini? Atau adakah Jepun menambahkan bilangan kejuaraan kepada angka kelima?

Mungkinkah akan ada juara baru selepas ini?

Himpunan kejohanan peringkat konfederasi

3 kejohanan peringkat konfederasi akan dilangsungkan pada pertengahan tahun 2019. Sudah pasti peminat bola sepak akan menjadi rambang mata.

AFCON 2019

Kejohanan Negara-Negara Afrika (AFCON) dijadualkan akan bermula pada 15 Jun hingga 13 Julai 2019. Negara tuan rumah kejohanan tersebut akan diumumkan pada 9 Januari ini.

Mesir dan Afrika Selatan bersaing bagi merebut hak penganjuran. Walau bagaimanapun, sesi kelayakan masih belum tamat sepenuhnya.

Menariknya, kejohanan ini juga memperkenalkan format baru iaitu 24 pasukan akan bertanding.

CONCACAF Gold Cup

SANTA CLARA, CA – JULY 26: The United States celebrates after they beat Jamaica in the 2017 CONCACAF Gold Cup Final (Photo by Ezra Shaw/Getty Images)

Kejohanan ini turut menampilkan 16 pasukan bertanding buat pertama kali. Amerika Syarikat diberikan peluang untuk menjadi hos kejohanan ini.

CONCACAF juga memberikan peluang kepada Costa Rica untuk menjadi hos bagi beberapa perlawanan Gold Cup.

Meskipun ada pasukan sudah mara terlebih awal, sesi kelayakan kejohanan dijadualkan berakhir pada Mac nanti.

Kejohanan ini akan bermula pada 15 Jun hingga 7 Julai 2019.

CONMEBOL Copa America

Brazil hos Copa America 2019. Sumber: Sports24hour.com

14 Jun 2019 merupakan tarikh sepak mula bagi pertandingan ini. Perlawanan akhir ditetapkan pada 7 Julai 2019.

Brazil diberikan tanggungjawab untuk menjadi penganjur bagi kejohanan ini. Jepun dan Qatar menjadi negara jemputan untuk Copa America kali ini.

Sesi undian akan diadakan pada 25 Januari nanti.

UEFA Nations League

Kejohanan kedua bagi negara-negara ahli UEFA memasuki fasa terpenting iaitu perlawanan separuh akhir dan akhir.

Portugal diundi bertemu Switzerland dalam perlawanan separuh akhir di Porto pada 5 Jun. Keesokan harinya, Belanda akan menentang England di Guimaraes.

Pilihan anda untuk pemenang UEFA Nations League?

Piala Dunia Wanita

Piala Dunia Wanita 2019 di Perancis. Sumber: FIFA.

Piala Dunia Wanita memasuki edisi kelapan penganjurannya. Kali ini, Perancis menjadi negara ketiga Eropah menjadi tuan rumah selepas Sweden dan Jerman.

Kejohanan ini berlangsung selama sebulan iaitu 7 Jun hingga 7 Julai. 9 stadium sekitar Perancis telah dipilih untuk menganjurkan perlawanan Piala Dunia Wanita kali ini.

Keempat-empat pasukan pernah menjadi juara kejohanan ini iaitu Amerika Syarikat, Norway, Jepun dan Jerman akan bertanding.

Kejohanan belia

Logo rasmi Piala Dunia Bawah-20 2019. Sumber: FIFA.

Piala Dunia Bawah-20 2019 bakal diadakan di Poland. 23 Mei hingga 15 Jun telah diaturkan sebagai tarikh kejohanan.

Tumpuan terarah kepada kejohanan ini kerana juara bertahan, England gagal melayakkan diri ke pusingan akhir.

Piala Dunia Bawah-17 pula diadakan di Peru pada 5 hingga 27 Oktober 2019. Setakat hari ini, wakil daripada Asia dan Oceania sudah mengesahkan tempat iaitu Australia, Jepun, Korea Selatan, Tajikistan, New Zealand dan Kepulauan Solomon.

Rumusan

Bagi peminat aksi antarabangsa, adalah wajar untuk anda menandakan jadual pertandingan pada kalendar anda. Sudah pasti warna warni bola sepak dunia akan diteruskan pada tahun baharu ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN