Tindakan MFL Sehingga Batalkan Piala FA Dilabel Sebagai ‘Pemalas’

MFL Tunda Batal Piala FA pemalas

Penganalisis bebas, Zuraimi Zukri melabel penganjur Liga Malaysia (Liga M), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebagai ‘pemalas buat kerja dan banyak alasan’.

Ia ekoran tindakan MFL membatalkan kejohanan Piala FA buat tahun kedua berturut-turut dek kerana bimbang semua pasukan dibebani jadual padat sekiranya semua perlawanan berjalan. Ia juga disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini.

Sejak pandemik itu melanda dunia bermula Januari tahun lalu, saingan liga di seluruh dunia dilihat terjejas termasuklah di Malaysia, namun tindakan yang diambil oleh MFL adalah batalkan Piala FA dan kurangkan aksi liga, dilihat kurang munasabah.

Sedangkan liga-liga yang masih berjalan di seluruh dunia diteruskan sehingga ada yang dilanjutkan ke tahun 2021 untuk menghabiskan semua pusingan. Kejohanan seperti Piala FA masih tetap diteruskan oleh badan penganjur liga masing-masing.

Kecuali Liga 1 Indonesia yang telah tertangguh sejak Mac lalu dan dikhabarkan masih tiada keputusan akan kembali dilangsungkan pada musim 2021 juga.

Menurut Zuraimi Zukri, di Asia Tenggara, Thai League dan V.League kekal diteruskan mengikut jumlah perlawanan yang telah dijadualkan pada awal musim dan ianya melibatkan lebih 150 perlawanan! Sedangkan di Malaysia, hanya 66 perlawanan.

Katanya, “Bagi musim 2020, Vietnam berjaya menamatkan liga dengan lebih 150 perlawanan yang diuruskan oleh penganjur mereka. Mereka menggunakan sistem separa upper league dan lower league. Tidak terlalu membuang jumlah perlawanan.”

“Piala Vietnam juga berjaya ditamatkan. Di Thailand, mereka berusaha menamatkan liga secara penuh, sehingga kini 128 perlawanan sudah berlangsung. Mereka [telah] memanjangkan liga ke tahun 2021 dan juara separuh liga dijadikan kelayakan ke pertandingan Asia [Champions League dan Piala AFC],” ulas Zuraimi Zukri.

Beliau turut menyatakan yang Thailand sedang berusaha keras untuk menghabiskan saingan liga musim 2020 sehingga menyebabkan mereka telah bersetuju menunda pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 daripada Mac ke Jun.

Katanya mengenai situasi di Thai League, “Mereka tengah pecut 220km/jam nak habiskan liga musim 2020. 14 perlawanan 2 bulan. Straight selang 3-4 hari per game.”

“MFL hanya mengurus 66 perlawanan di liga utamanya pada musim lepas. Kurang 50% dari jiran. Melihat kepada kemampuan MFL dijangka musim 2021 adalah minima seperti musim lepas. Dikhabarkan Piala FA tidak mampu dilangsungkan.

“Okay, Covid. Belum apa-apa lagi dah tunjuk sifat malas cari jalan. Itulah MFL nak produk power tapi pemalas kerja. Banyak alasan,” tambahnya lagi sambil mencadangkan kaedah pengundian diadakan kepada semua pemegang taruh.

Stakeholder sepatutnya menentukan aktiviti liga bukan secara veto dari MFL. Kaedah mengambil pandangan tak boleh pakai, kelabu. Undi lebih jelas mereka nak hitam atau putih,” cadang Zuraimi Zukri kepada pihak MFL untuk dipertimbangkan.

KREDIT FEATURED IMAGE:

Baca lagi artikel lain mengenai MFL dan Liga Malaysia:

MFL Umum Kalendar Liga Malaysia 2021

Perancangan Asal MFL Masih Kekal, Liga M Tetap Bermula 26 Februari

MFL Tunda Tarikh Sepak Mula Liga M, Piala FA ‘Dikorbankan’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN