4 Pemain Dan 1 Persatuan Dikenakan Tindakan Atas Pelbagai Kesalahan

Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 16 Mac 2017 telah mengenakan tindakan ke atas 4 pemain Liga Malaysia dan 1 persatuan atas pelbagai kesalahan.

Berikut adalah 4 pemain tersebut dan apa kesalahan serta hukuman mereka.

1. PKNP FC, Mohd Fazli Zulkifli (PKNP FC) – Menghantuk muka pemain lawan

Mohd Fazli telah menghantuk muka Suhairy Johari ketika perlawanan Liga Premier di antara PKNP FC lawan ATM pada 24 Februari di Stadium Perak, Ipoh.

Fazli akan digantung 4 perlawanan domestik, didenda sebanyak RM1,000.00 dan amaran keras. Hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

2. Suhairy Johari (ATM) – Menumbuk muka pemain lawan

Dalam perlawanan MPL di antara PKNP dan ATM pada 24 Februari lalu, Suhairy Johari telah menumbuk muka pemain PKNP FC, Mohd Fazli Zulkifli.

Suhairy akan dikenakan penggantungan 4 perlawanan. Denda sebanyak RM1,000.00 dan amaran keras. Hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

3. Mohd Firdaus Azizul (Felcra FC) – Menumbuk perut pemain lawan

Firdaus telah menumbuk perut pemain KDMM FC, Mohd Helmi Sudin ketika perlawanan Piala FAM 2017 di antara KDMM FC lawan Felcra FC di Stadium Mini Kompleks Sukan Keningau, Sabah pada 26 Februari 2017.

Juga digantung 4 perlawanan dan denda RM1,000.00. Firdaus diberikan amaran keras agar tidak mengulangi kesalahan yang sama untuk mengelakkan tindakan lebih berat.

4. Ahmad Syamim Yahya (Pahang) – Menunjukkan isyarat lucah

Pahang / foto oleh: asiana.my

Syamim telah menunjukkan isyarat lucah ketika perlawanan secara langsung dan ditonton umum semasa perlawanan Liga Super 2017 di antara Melaka lawan Pahang di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 25 Februari 2017.

Syamim akan digantung 1 perlawanan dan denda RM500.00 sahaja. Syamim diberikan amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

5. Mohd Khairul Rizam Che Soh (T-Team) – Menumbuk perut pemain lawan

Dalam perlawanan Piala Presiden di antara T-Team dan Pahang, Khairul Rizam telah menumbuk perut pemain Pahang, Shazlan Zaidin.

Khairul Rizam digantung 4 perlawanan dan denda sebanyak RM500.00 dan diberikan amaran keras agar tidak mengulangi kesilapan serupa

6. Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan – Kelakuan penyokong

PBNS telah didenda RM5,000.00 kerana tindakan penyokong mereka yang menceroboh masuk ke dalam padang selepas perlawanan Piala FA 2017 antara Selangor lawan Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Siaran rasmi ini dikeluarkan oleh FAM menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tataterbib, Dato’ Kang Hwee Gee.

Baca juga: Pemain Monaco Ini Mahu Lawan Leicester City, Balas Dendam Untuk Ranieri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN