Timo Werner Belum Tentu Milik Liverpool

Masa depan Timo Werner belum lagi jelas walaupun dikait rapat dengan perpindahan ke Liverpool, tegas Pengarah Sukan RB Leipzig.

Penyerang Jerman itu dikatakan menjadi sasaran utama Jurgen Klopp pada jendela perpindahan akan datang setelah menjaringkan 27 gol dari 36 perlawanan dalam semua pertandingan pada musim ini.

Pada bulan lalu Werner telah menyatakan minat untuk menyertai Liverpool ketika ditemuramah oleh Sky Germany.

“Anda memiliki jurulatih terbaik dunia, iaitu Jurgen Klopp yang merupakan seorang Jerman. Ramai berkata cara saya bermain amat sesuai di sana [Liverpool.”

Penyerang berusia 24 tahun itu turut dikaitkan dengan Chelsea dan Barcelona.

Namun Pengarah Sukan Leipzig, Markus Krosche ketika muncu di televisyen bersama Sport 1 berkata masa depan pemain itu masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

“Masih terdapat keberangkalian,” jelas Krosche. “Buat masa ini kita tidak tahu hala tuju pasaran pemain.

“Kita sedang melihat ke arah sesuatu yang kabur. Kita tidak jelas akan sumber yang ada dan apa pilihan yang kelab-kelan lain miliki selepas ini.”

Krosche juga menyatakan keraguan beliau jika Werner akan berhijrah meninggalkan Leipzig selepas tamat saingan musim ini, dan mengakui pemain itu menarik perhatian banyak kelab.

“Ia amat jelas Timo telah menarik perhatian banyak kelab dengan prestasi hebatnya, dengan jaringan dan bantuan gol yang beliau hasilkan,” tambah Krosche.

Krosche turut menjelaskan bagaimana wabak coronavirus yang menyebabkan penangguhan saingan domestik di seluruh eropah telah memberi impak kepada perpindahan pemain selepas tamat saingan musim ini nanti.

Baca artikel lain kami mengenai Timo Werner:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram