Tiket Perlawanan ‘Home’ Chelsea & Arsenal Paling Mahal, Penyokong Lagi Untung Ke Perlawanan ‘Away’

Harga tiket merupakan subjek sensitif dalam bola sepak. Jika harganya naik melampau, penyokong pastinya akan naik berang dengan kelab bola sepak mereka.

Di Premier League, harga tiket memang tinggi dan kadang-kala tak masuk akal bila kita membaca mengenainya.

Lagi berbaloi tengok perlawanan away

Hasil kajian yang dijalankan oleh Voucherbox, penyokong Arsenal dan Chelsea adalah kumpulan penyokong yang perlu mengeluarkan wang paling banyak untuk menonton perlawanan bola sepak.

Penyokong Chelsea perlu mengeluarkan £959 (RM 5,133) untuk pas bermusim dan tambang perjalanan bagi perlawanan di Stamford Bridge.

gettyimages-80981157

Namun mereka lebih jimat £210 (RM 1,124) apabila bertandang ke 19 lagi stadium lain di Premier League.

Bagi penyokong Arsenal pula, mereka terpaksa membelanjakan sebanyak £1,223 (RM 6,546) untuk perbelanjaan menonton perlawanan di Emirates.

Tetapi, penyokong The Gunners lebih untung apabila pergi ke gelanggang lawan. Mereka cuma perlu mengeluarkan £1,039 (RM 5,561) sahaja.

arsenal-fans

Kedua-dua penyokong menikmati lebih banyak penjimatan apabila ke stadium pasukan lawan kerana harga tiket untuk penyokong pelawat telah dihadkan maksimum £30 (RM 160) sahaja.

Jadi, selebihnya adalah perbelanjaan tambang kereta api atau pun petrol jika menaiki kenderaan sendiri.

Bagi pasukan-pasukan seperti Watford, Tottenham dan Liverpool, harga tiket untuk penyokong mereka menonton perlawanan di laman sendiri tetap dalam kadar yang tinggi.

Namun ia masih tidak menghasilkan titik negatif dalam perbelanjaan penyokong ke stadium.

Hal ini kerana penyokong 3 kelab terbabit dan baki penyokong kelab Premier League yang lain masih lagi perlu mengeluarkan belanja lebih banyak apabila ke gelanggang lawan.

Kesimpulannya, mereka masih lagi berjimat apabila menonton perlawanan bola sepak di gelanggang mereka sendiri.

Penyokong Hull City, Sunderland dan Manchester City merupakan kumpulan penyokong yang perlu keluarkan wang paling sedikit apabila melibatkan tiket.

is-it-cheaper-to-watch-your-te

Harga tiket amat mahal

Harga tiket di Premier League adalah yang paling mahal di Eropah dan barangkali di dunia.

Arsenal, Burnley, Tottenham Hotspur, Chelsea dan Liverpool adalah 5 kelab paling mahal harganya untuk sebuah pas bermusim dan tiket untuk satu perlawanan sahaja.

Namun bagi Sunderland, Hull City, Manchester City, Stoke City dan West Ham United merupakan kelab paling murah menawarkan harga tiket.

Manakala Arsenal, Tottenham Hotspur, Middlesbrough, Manchester United dan Southampton merupakan 5 kelab yang paling tinggi harga tiket untuk penyokong tuan rumah dan pelawat.

Manakala bagi yang terendah adalah Manchester City, Hull City, Swansea City, Leicester City dan Stoke City.

premier-league-most-expensive

Subsidi kelab

Di England, terdapat beberapa kelab bola sepak memberikan bantuan kepada penyokong mereka yang pergi bersama pasukan ke gelanggang lawan.

Seperti Southampton, mereka menjimatkan kos pasukan pelawat dengan menyediakan tiket paling murah. Harga tiket yang Southampton tetapkan kepada penyokong away adalah £20 (RM 107) – terendah bagi tiket penyokong pelawat di Premier League.

southampton-and-sunderland-2

Bagi Chelsea pula, penyokong mereka diberikan subsidi £10 (RM 53) apabila menaiki bas yang disediakan oleh pihak kelab apabila perlawanan di tempat lain.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kelab menyediakan kemudahan membawa penyokong ke stadium lawan dengan percuma. Jadi penyokong telah jimat dari segi kos tambang dan hanya perlu keluarkan duit untuk tiket sahaja.

lee-croft-left-and-stevie-may

Apa yang dilakukan oleh kelab di Premier League ini ternyata membantu penyokong mereka untuk menyokong pasukan mereka di tempat lawan.

Ini dapat meringankan kos yang perlu dikeluarkan oleh penyokong.

Maka tidak hairanlah mengapa teres untuk penyokong pelawat sentiasa penuh di Premier League.

qcdjb5hwfotawq8x4xmdoxojbzmtt2-2

Pasukan-pasukan di Malaysia mungkin boleh mencontohi apa yang dilakukan oleh kelab di Premier League ini.

Jika diikuti, pasti pasukan anda tidak akan rasa terasing bila bermain di tempat lawan kerana mereka mempunyai sokongan padu penyokong di mana saja mereka pergi.

Baca juga: 3 Tindakan Terpuji Borrusia Monchengladbach Kepada Penyokong Selepas Perlawanan UCL Tertangguh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN