Tiket Aksi Malaysia B-23 Menentang Australia B-23 Mula Dijual Esok Di Stadium Shah Alam

Skuad bawah 23 tahun negara (B-23) kendalian Datuk Ong Kim Swee dijadualkan berdepan Australia B-23 dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam esok (Ahad, 17 Mac 2019).

Perlawanan itu adalah persiapan bagi menghadapi kelayakan AFC B-23 yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 22 hingga 26 Mac ini dimana Malaysia diundi dalam kumpulan J bersama China, Filipina dan Laos.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan tiket perlawanan tersebut akan dijual di kaunter Stadium Shah Alam mulai pukul 12.00 tengah hari esok. Tiket berharga RM20 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) dan juga boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my

Barisan pemain skuad Malaysia B-23. FOTO: FAM

Skuad B-23 negara buat pertama kalinya akan turun beraksi dengan memakai jersi kedua berwarna biru.

Selepas perlawanan persahabatan tersebut, 23 pemain akhir akan diumumkan membawa cabaran Malaysia dalam saingan kelayakan AFC B-23 bermula dengan aksi bertemu Filipina pada 22 Mac (Jumaat), diikuti aksi menentang Laos pada 24 Mac (Ahad) dan China pada 26 Mac (Selasa), ketiga-tiga perlawanan ini berlangsung di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam.

Daripada 27 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat, 21 pemain adalah daripada skuad Malaysia B-22 yang beraksi pada Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja, bulan lalu.

Pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee membayangkan akan memberikan lebih banyak peluang kepada pemain yang kurang beraksi kerana mahu mereka berada dalam tahap kecergasan terbaik untuk menghadapi kejohanan tersebut.

“Perlawanan ini bukan percubaan lagi dan saya akan menurunkan barisan pemain terbaik dalam perlawanan berkenaan.

“Saya mungkin memerlukan khidmat pemain yang jarang diturunkan untuk aksi pembukaan pusingan kelayakan menentang Filipina,” katanya kepada Bernama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN