Tiga Pemain United Tercalon Untuk Anugerah Pemain Muda Terbaik EPL

Senarai akhir untuk anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris (EPL) telah pun diumumkan dengan Manchester United mendominasi tiga pemain daripada lapan pemain yang dicalonkan untuk musim 2019/20.

Saingan EPL akhirnya menutup tirainya pada 26 Julai lalu yang bakal tercatat dalam sejarah sebagai kempen paling panjang selepas tertangguh selama tiga bulan akibat pandemik yang melanda di seluruh dunia.

Bagi memilih lapan calon untuk disenarai pendek sebagai pemain muda terbaik dalam liga bola sepak paling popular ini tentunya tidak mudah, tetapi kesemua lapan pemain tersebut diakui telah pun mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim ini dalam membantu misi pasukan masing-masing.

https://twitter.com/TAGHeuer/status/1291660549231652864?s=20

Bermula dengan United yang berjaya menamatkan saingan di kedudukan ketiga liga, satu permulaan yang boleh dianggap baik buat Ole Gunnar Solskjaer yang mementingkan pembangunan bakat pemain muda dalam pasukannya.

Buktinya Anthony Martial akhirnya berjaya menyerlahkan potensi sebenarnya pada musim ini dengan mencetak 17 gol dan menyumbang tujuh bantuan jaringan walaupun telah diketepikan untuk beberapa minggu pada awal musim ini akibat kecederaan.

Begitu juga dengan Marcus Rashford yang bersyukur dengan penangguhan liga kerana membolehkannya kembali pulih daripada kecederaan belakang dan dapat memecahkan rekod peribadinya dengan turut menjaringkan 17 gol disamping merekodkan lapan bantuan jaringan.

Bersama duo penyerang tersebut, muncul seorang ‘budak’ berusia 18 tahun bernama Mason Greenwood yang secara tiba-tiba mengejutkan semua pihak di seluruh dunia dengan persembahan memukaunya.

https://twitter.com/RiZzyUTD/status/1289336005233790976?s=20

Musim ini Greenwood menjaringkan 10 gol dalam saingan EPL, 5 gol Liga Europa (UEL), 1 gol Piala FA dan 1 gol Piala Carabou menjadikan keseluruhannya 17 gol buat seorang pemain remaja yang beraksi dalam musim pertamanya di pentas bola sepak Eropah.

Liverpool yang menamatkan penantian selama 30 tahun untuk kembali menjadi juara liga dan tentunya tidak dapat lari daripada aksi cemerlang pemain pertahanan kanannya, Trent Alexander-Arnold

Pemain England berusia 21 tahun itu muncul pemain pertahanan paling banyak menyumbang bantuan jaringan (13) dalam sejarah EPL, menyamai rekodnya pada musim lepas selain turut menjaringkan empat gol.

Nama lain yang termasuk dalam senarai adalah duo penyerang Chelsea, Christian Pulisic dan Mason Mount yang memainkan peranan penting dalam membantu Frank Lampard menamatkan saingan di kedudukan empat pasukan teratas dan menempah slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dalam 25 perlawanan, Pulisic telah menjaringkan sembilan gol selain mengumpul enam bantuan jaringan sementara Mount yang menjadi pemain penting dalam sistem Lampard telah menyumbang 13 gol pada musim ini.

Satu-satunya penjaga gol yang tersenarai, Dean Henderson berjaya memanfaatkan tempoh pinjamannya ke Sheffield United dari Manchester United dengan sebaiknya dengan mencatat 13 perlawanan EPL tanpa bolos di mana hanya Ederson dan Nick Pope sahaja yang mempunyai rekod lebih baik daripadanya.

Pemain terakhir adalah kapten Aston Villa, Jack Grealish yang memainkan peranan cukup penting untuk memastikan pasukannya mengelak penyingkiran dan terus kekal di saingan EPL sehingga hari terakhir. Kejayaan tersebut tentunya dibantu dengan 14 gol yang dijaringkannya musim ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN