Tiada Tempat ‘Mudah’ Untuk Sesiapa Termasuk Liridon Krasniqi

Kerjasama Semuanya BOLA

Liridon Krasniqi JDT 2020

Sejak dari awal Tan Cheng Hoe sudah memberi peringatan, tiada tempat mudah untuk berada dalam skuad Harimau Malaya termasuklah untuk Liridon Krasniqi.

Kini, sekali lagi pengendali berusia 51 tahun itu menegaskan tiada layanan istimewa buat pemain naturalisasi kedua negara itu walaupun kedua-duanya pernah berganding bahu ketika membawa cabaran Kedah pada musim 2015 sehingga April 2017.

Beliau turut menjelaskan yang semua pemain yang dipangil memperkuatkan skuad kebangsaan mendapat layan sama rata olehnya dan mereka juga dipanggil atas sebab merit dan juga kelayakan serta keperluan semasa Harimau Malaya.

“Tiada layanan istimewa [buat Liridon] kerana setiap pemain kena buktikan bahawa mereka layak untuk berada dalam skuad kebangsaan,” katanya kepada Berita Harian.

“Harapan seluruh penyokong dan rakyat Malaysia sudah pasti hendak tengok sesuatu yang terbaik daripada barisan pemain skuad kebangsaan,” tambahnya lagi.

Kehadiran Liridon Krasniqi pastinya menambah persaingan untuk merebut tempat di posisi tengah yang ketika ini dibentuk oleh Brendan Gan dan Nor Azam Azih. Skuad negara juga memiliki Syamer Kutty Abba, Afiq Fazail dan beberapa lagi pemain lain.

Nazmi-Faiz-JDT-2020
FOTO: JST

Selain itu, peningkatan mendadak yang dipamerkan oleh dua ‘N’ iaitu Nazmi Faiz dan Natxo Insa ketika beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah tentunya telah memikat pengendali tersebut. Kedua-duanya bakal kembali ke kem negara?

Adakah Liridon Krasniqi mempunyai persamaan dengan Brendan Gan? Persoalan ini sudah lama dijawab oleh Tan Cheng Hoe dengan jelas menyatakan walaupun kedua-duanya adalah pemain box to box, tetapi memiliki gaya permainan yang berbeza.

Malaysia akan turun menentang UAE dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tanpa khidmat Brendan Gan yang digantung perlawanan akibat mengutip dua kad kuning. Semua tahu apa yang telah disumbangnya sejak akhir-akhir ini.

“Sudah tentu kita akan merindui aksi Brendan [Gan] kerana dia sudah beraksi dengan sangat baik. Dan harapnya penggantinya nanti mampu memberikan kesan dan juga impak yang baik untuk pasukan,” jelas Tan Cheng Hoe kepada New Straits Times.

Pengendali yang pernah meraih kejuaraan Piala AFF Suzuki ketika membantu Datuk K. Rajagobal sebelum ini tersebut menyedari yang Liridon Krasniqi akan mudah untuk menyesuaikan diri dengan suasana di dalam kem Harimau Malaya nanti.

“Kita tahu Liridon sudah lama bermain dalam Liga Malaysia dan saya rasa dia mampu memberi saingan positif dalam skuad kebangsaan. Pada masa sama, kita juga akan lihat dari segi fizikal dan mentaliti semua pemain,” jelasnya lagi.

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi berita mengenai Liridon Krasniqi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram