Tiada Rancangan ‘Call-Up’ Terkini Untuk Pemain Yang Cedera, Tegas Tan Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe PC Malaysia Sri Lanka 2

Kem Harimau Malaya ketika ini mungkin sedang bergelut dengan kecederaan beberapa pemain namun, bagi Tan Cheng Hoe, beliau sentiasa melihatnya dari sudut positif dan percaya dengan barisan pemain yang telah dipanggilnya akan berikan yang terbaik.

Bercakap di sidang media pra perlawanan Malaysia menentang Sri Lanka pagi tadi, Tan Cheng Hoe menyatakan tiada istilah pemain utama atau bukan, kerana apa yang sentiasa ditekankannya kepada para pemain adalah, sekiranya diturunkan, aksi yang dipamerkan mestilah yang terbaik yang mampu diberikan oleh mereka.

“Kita tahu beberapa kecederaan pemain menggangu persediaan kita tetapi sebagai jurulatih, saya sangat optimis dan positif yang pemain yang akan masuk [untuk pengganti] ini akan memberikan yang terbaik. Saya tidak mahu buat mereka rasa tertekan.

“Setakat ini, saya gembira dengan pemain yang kita telah panggil. Kecederaan pemain mungkin disebabkan [mereka] beraksi di Piala Malaysia dalam tempoh yang singkat,” jelas Tan Cheng Hoe.

“Dan kemudian [mereka] datang pula ke kem skuad kebangsaan, [di mana] kita sentiasa tuntut mereka cergas serta bersedia untuk aksi terutamanya menentang Vietnam nanti,” tambahnya lagi.

Ketika ini, Malaysia memiliki senarai ‘besar’ kecederaan pemain termasuklah pemain utama seperti Nor Azam Azih dan Shahrul Saad serta pemain lain iaitu J. Partiban, Halim Saari, Danial Amier Norhisham dan yang terkini penyerang, Shahrel Fikri.

Tan Cheng Hoe PC Malaysia Sri Lanka
FOTO: Aremilworks

Bercakap mengenai perlawanan dengan Sri Lanka, pengendali berusia 51 tahun itu lebih fokus untuk membuat persediaan aksi menentang Vietnam dan menjadikan Sri Lanka sebagai platform persediaan untuk aksi ketiga Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Khamis.

Walaupun mengakui keadaan cuaca sedikit sebanyak mengganggu persediaan mereka namun Tan Cheng Hoe melihat para pemain masih positif dan bersemangat untuk perlawanan esok.

“Sepanjang beberapa hari latihan ini, kita sudah cuba beberapa [pilihan] kesebelasan utama untuk diturunkan pada malam esok dan kita ada satu hari lagi untuk persediaan. Yang penting saya mahu pemain yang bebas daripada kecederaan.

“Sesi latihan berjalan lancar walaupun cuaca menghalang kita daripada berlatih di waktu petang. Pemain juga dalam keadaan yang baik dan sangat bermotivasi untuk perlawanan esok,” ujarnya sambil menegas tiada panggilan terkini untuk pemain yang cedera.

“Buat masa ini, barisan kejurulatihan tidak merancang sebarang penggantian [pemain]. Lagipun, kita hanya akan senaraikan 23 pemain ke Hanoi selepas perlawanan Sri Lanka,” tambahnya lagi.

Kredit Featured Image: Aremilworks

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN